|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
![]() |
PENGAWETAN
SPESIMEN-SPESIMEN HAIWAN KECIL DAN TUMBUHAN
Pengawetan haiwan dalam cecair
Semua haiwan mesti dipengsankan
dahulu sebelum dibunuh agar ianya dapat diawet dalam keadaan
yang sempurna. Formalin dan etil alkohol(etanol) adalah
pengawet dan penetap yang paling umum digunakan.Formalin
komersial biasanya diperolehi sebagai 40% larutan
formaldehid. Semua pencairan fomalin adalah disediakan dari
bahan komersial 40% ini.
Formalin mengeraskan tisu dan
menghasilkan kerapuhan jika dibandingkan dengan alkohol .
Walaubagaimanapun ia adalah pengawet yang sesuai untuk
pengawetan sementara terutama sekali dengan haiwan vetebrata
. Semua spesimen yang diawet dalam fomalin lambat laun akan
menjadi keras dan rapuh jika tidak dipindahkan dalam
pengawet dalam alkohol. Jika ini perlu dilakukan
spesimen-spesimen boleh terlebih dahulu dibasuh bagi
menghilangkan baunya.
Formalin adalah tidak sesuai untuk
haiwan yang mempunyai kerangka atau spikul-spikul kapur
kerana larutan komersil ini biasanya adalah berasid dan akan
melembutkan bahagian berkapur ( calcareous) . Hal ini dapat
diatasi dengan menuetralkan fomalin tersebut. Formalin dapat
mengawet warna spesimen-spesimen lebih lama lagi jika
dibandingkan dengan alkohol sungguhpun memang diketahui
tidak ada satu pun bahan pengawet yang dapat mengekalkan
warna asal spesimen sampai bila-bila.
Haiwan yang lembut elok ditetapkan dan
diawetkan dalam alkohol. Organisma bergelatin lembut
memerlukan penetanan beransur bergantung kepada ketumpatan
dan saiznya.
Ini biasanya dari dua hingga enam jam
bagi setiap kepekatan alkohol dari 30% , 50% dan 60% yang
mana selepas itu ianya disimpan dalam alkohol 70%.
Di bawah ini ada diberikan panduan
bagi cara-cara memengsan membunuh dan bahan-bahan pengawet
yang digunakan keatas spesimen-spesimen haiwan .
|
Spesimen
|
Bahan Pemengsan
Atau Membunuh
|
Bahan Pengawet
|
|
i. Coelenterata
Contoh : Hydra,Obor-obor,dll
|
Bubuhkan hablur mentol ke
dalam air .
|
Alkohol 70%
|
|
ii. Annelida
Contoh : Cancing tanah,lintah
dll.
|
Megnesium Klorid 7%
|
Fomalin 5% atau alkohol 70%
|
|
iii. Mollusca( tidak berangka)
Contoh: Lintah Bulan dan
Sotong. |
Urethane 2% atau beberapa
titik propyline
klorid
|
Fomalin 5% atau alkohol 70%
|
|
iv. Mollusca
Contoh: Siput dan Kerang
|
Magnesium klorid 7%
|
Formalin 5% jika besar
suntikan dengan 10% formalin dahulu.
|
|
V. Echinodermata
Contoh: Gamat, tapak sulaiman
|
Masukkan terus kedalam air
tawar
|
Formalin 5% jika besar suntik
dengan formalin 10 % dahulu.
|
|
Vi. Crustacea (laut)
Contoh: Udang,ketam dll
|
Masukkan dalam air tawar
|
Formalin 5% Jika besar suntik
dengan fomalin 10 % dahulu.
|
|
Vii.Serangga
Contoh: Kumbang
|
Ethyl Acetat
|
Keringkan dipinkan larva
disimpan dalam alkohol 70 - 80%.
|
|
X. Veterbrata daratan
reptilia, amphibia dan lain-lain.
|
Ether , klorofom
|
Suntik dengan alkhol 70% atau
fomalin 10% dan disimpan dalam fomalin 10%.
|
|
Xi. Ikan
|
Larutan urethane 10% atau
ms-222 sandoz 1:1,000 hingga 1:20,000
|
Formalin 10% ( suntik jika
spesimen besar )
|
Cara-cara
menyediakan bahan pengawet cecair
Anda boleh menyediakan bahan pengawet
dengan mengikuti cara-cara dibawah:-
Untuk Formalin
Kepekatan 1% Formalin (
formaldehyde 40% ) 1 ml Air suling 99
ml
--------
100
ml
---------
Formalin
5%
5 ml
Air
suling
95 ml
--------
100 ml
---------Formalin
10%
10 ml
Air
suling
90
ml
100 ml
---------
Untuk alkohol
Dari alkohol grade mutlak
70% Alkohol
70 ml
Air
suling 30 ml
--------
100 ml
---------
Dari alkohol grade
95 % Alkohol 75 ml
70% Air suling 25 ml
-------
100 ml
---------
Pengawetan rangka haiwan
vertebrata ( burung, tikus, arnab,ayam dan lain-lain
)
Satu cara pengawetan
ialahpengawetan dalam bentuk penyediaan rangka haiwan (
taksidermi ). Ia adalah satu kaedah yang mana tulang-tulang
haiwan tersebut diproses untuk diawet dan dibentuk dalam
kedudukan yang aslinya. Ianya sangat sesuai untuk dijadikan
bahan bahn rujukan dan bahan pameran di sekolah.Berikut
adalah senarai langkah-langkah yang anda ikuti untuk
menyediakan rangka haiwan anda.
1. Mula-mula matikan haiwan dengan
menggunakan klorofom dalam bekas yang tertutup.
2. Kemudian buangkan kulit atau bulu
pada haiwan tersebut.
3. Buangkan segala isi perut dan
organ-organ dalam badan.
4. Lepaskan itu masukkan kedalam air
mendidih selama satu jam. ( tertakluk pada saiz haiwan )
supaya senang di buang.
5. Keluarkan spesimen tadi dan mula
buangkan semua otot ( isi ) yang melekat pada tulang-tulang.
6. Kemudian rendamkan ke dalam amonium
hidroksida ( pelarut lemah ) selama 24 jam.
7. Keluarkan selepas itu dan rendamkan
ke dalam larutan 5% hidrogen prosikda selama 8 jam untuk
memutikkan tulang.
8. Lepas itu basuhkan dengan air dan
keringkan di bawah cahaya lampu.
9. Apabila tulang-tulang telah kering
anda gamkan semila tulang-tulang yang tertanggal dan di
samping itu membentuk kedudukan semulajadi haiwan
tersebut.Rangka yang telah siap seeloknya dipaku atau
dilekatkan pada pelantar untuk mudah di alihdan di simpan.
10. Anda boleh disapuskan
tulang-tulang tersebut shelac untuk melindungi daripada
kulat atau bakteria.
KUTIPAN DAN PENGAWETAN SERANGGA
Serangga terdapat di
mana-mana di sekeliling kita. Kebolehannya untuk hidup di
berbagai-bagai jenis menjadikan ia berjaya sebagai satu
kum[ulan. Separuh dan spesies-spesies lain tersebar luas di
berbagai-bagai jenis lokasi. Ada jenis-jenis afid, sebagai
contoh terbatas kehidupan pada satu spesies pokok sebagai
perumah ( Host ) sementara ada yang menjadikan beratus-ratus
jenis pokok berlaianan spesies sebagai perumah.
Cara-cara kutipan
Biasanya cara-cara kutipan adalah
kurang selective (memilih) iaitu kemungkinan speseis
-spesies berlainan tidak akan dikutip sekali. Sebagai
contoh kutipan dengan cara-cara menyapu permukaan daun
dengan jaring serangga (insect net) akan menghasilkan
kutipan serangga-serangga di bahagian atas tumbuhan
tersebut. Serangga-serangga di bahagian bawah
tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat dikutip untuk mewakili
sepenuhnya tangkapan. Begitu juga serangga yang terdapat di
atas permukaan tanah dan di bawah tidak akan dikutip
langsung dengan kaedah begini.
Salah satu cara yang biasa digunakan
ialah dengan menggunakan jaring (sweep net) jaring ini
digunakan pada permukaan-permukaan tumbuhan sepertirimbunan
daun-daun, pokok-pokok renik, semak-semak, rumput-rumput dan
lain-lain lagi.
Membunuh dan Mengawet Serangga
Bahan kimia bagi membunuh serangga
yang sesuai ialah ethyl acetate. Ianya boleh diletakkan
pada kapas atau bahan-bahan jerap (absorbent materials) di
dalam sebuah botol (killing bottle). Walaupun ia terbakar
tetapi ianya tidaklah sebahaya menggunakan
sianid (syanide). Spesimen akan
menjadi lebih lembut (relex) dan tidak tegang) walaupun
ditinggalkan beberapa hari di dalam botol yang mengandungi
ethyl acetate.
Serangga-serangga yang berkulit keras
biasanya dipin atau disemat. Serangga berbadan lembut
seperti afid dan anai-anai boleh dibunuh dan disimpan dalam
alkohol 70%. Alkohol isopropyl boleh digunakan jika ethyl
alkohol tidak dapat diperolehi. Ada sesetengah orang lebih
suka menggunakan larutan Hood’s yang mana ianya boleh
disediakan dengan cara berikut:-
Larutan Hood’s
Ethyl
alkohol 1485 ml
air
suling 330 ml
asid glacial
acetik 83 ml
benzol
83 ml -------- larutan Hood’s
Larva kupu-kupu atau rama-rama perlu
disimpan dalam larutan KAAD
sehingga ianya kembang sepenuhnya ( 30
minit hingga beberapa jam) dan kemudian barulah disimpan
dalam alkohol 95%
Larutan KAAD
Kerosene 1
bahagian
Alkohol ethyl
95% 10 bahagian
asid asetik
glacial 2 bahagian
diaxane 1
bahagian
Menyemat (Pinning) Serangga-Serangga
Serangga yang berkulit keras ( yang
besar) boleh disemat dengan pin dari atas menembusi
badannya. Jenis Coleoptera ( kumbang) disemat menerusi
kepak kanannya.,
lalat, lebah, rama-rama/kupu-kupu
biasa ianya disemat menerusi thorax dan pangkal kepaknya.
Semua spesimen mesti disemat pada paras tinggi yang sama
iaitu 1 inci dari atas hujungpin. Ini dapat ditentukan
dengan menggunakan blok-blok penyemat (pinning block) .
Kupu-kupu dan rama-rama biasanya diletakkan di atas papan
(spreading boads yang dibuat daripada kayu ataupun
polystyrene) di mana kepak-kepak perlu diatur dan
dikembangkan hingga ianya kering dan dalam kedudukannya yang
diperlukan. Serangga-serangga kecil boleh ditenggekkan
(mount) ke atas kertas tebal (cardbord points) dengan
menggunakan gam. Serangga tersebut mestilah diletakkan
dalam kedudukan di mana kepalanya berhadapan ke hadapan dan
point hujung tiga segi cardboard tersebut berada di sebelah
kiri pin.
Mengering Serangga
Serangga yang telah disemat perlu
dikeringkan sebelum boleh disimpan di dalam kotak-kotak
serangga. Susun serangga-serangga tersebut di atas keratan
polystrene dan masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 45 C,
keringkan sehingga beberapa hari. Serangga boleh juga
dikeringkan di bawah matahari jika tidak terdapat ketuhar,
tetapi mestilah diawasi dari dimakan oleh semut-semut
perosak dan lainnya.
Melabel
Tiap-tiap spesimen mestilah dilabel
dengan nama tempat dari mana ianya dikutip berserta dengan
tarikh kutipan dan juga nama pengutip, label-label mestilah
kecil dan diletakkan lebih kurang 5/8 inci pada pin serta
dilekatkan selari dengan specimen. Nota-nota tambahan
seperti jenis, tumbuhan di mana ianya dikutip juga adalah
perlu dan ini boleh ditulis pada lebel yang lain dan
dilekatkan lebih kurang 1/2 inci pada pin di bawah label
yang terdahulu tadi.
Menyimpan Serangga
Specimen yang telah dikeringkan dan
dilabel perlu disimpan dalam kotak-kotak serangga yang
khusus. Kotak-kotak itu selalunya dilapis gabus dan
ditutupdengan kertas putih. Ianya seeloknya mesti kedap
udara dan dapat menghalang perosak-perosak seperti semut,
lipas atau gegat memasukinya. Ubat gegat (Naptelene) perlu
dilekatkan dalam gulungan kain nipis di bahagian bawah di
sebelah tepi kotak . Ini perlu diperiksa dan ditambah dari
masa ke semasa. Sejenis larutan boleh disediakan sebagai
rawatan kepada kotak-kotak serangga ini. Ianya disapukan
di permukaan dalam kotak dan dijemur sehingga kering. Cara
menyediakan adalah seperti berikut:
Bahan
kuantiti
1. Serbuk
Napthelene 3 lb (1360 g)
2.
Kloroform 1 lb
3. Beechwood
Creosolte 1 ib
4. Minyak
petrol 4 1/2 pts.
Cara menyediakan
Campurkan kloroform dengan 1 1/2 lb
serbuk nepthlene, kacau hingga sekata dan tambahkan lagi 1
1/2 lb serbuk nepthlene dan diikuti dengan beechwood
Cresote. Kacau untuk melarutkan dan kemudian tambahkan
petrol.
Selepas disapukan pada kotak,
keringkan kotak sehingga yang tinggal cuma selapis serbuk
halus napthlene.
Melembutkan (relex) Serangga (dewasa)
spesimen yang kering mestilah
dilembutkan sebelum ianya disemat atau ditenggek.
Serangga-serangga yang kering boleh diletakkan dalam bekas
yang tidak masuk angin (air-tight) di atas sekeping kertas
tebal ataupun kertas jerap yang diletakkan di atas pasir
basah. Bubuh sedikit (beberapa titik) asid karbolik pada
pasir ini bagi mengelakkan kulat dari tumbuh.
Spesimen-specimen akan menjadi lembut selepas 24 jam hingga
48 jam. Walau bagaimanapun adalah lebih elok sekiranya
spesimen-spesimen disemat samasa ianya baru ditangkap dari
ditunggu hingga ke saat-saat akhir dimana ianya perlu
dilembutkan.
PENGAWETAN TUMBUHAN
1. Lumut Hati dan Lumut Jati
Pengawet secara basah dan kering akan
dibincangkan dalam bahagian ini. Kedua-dua cara ini adalah
sama penting dan perlu diberikan perhatian.
Specimen-specimen boleh diawet dalam jangkan masa tertentu
dalam larutan F.A.A. Bermacam jenis larutan yang ditambah
dengan kuprum telah disyorkan untuk mengawet serta
mengekalkan warna hijau dalam tumbuhan namun demikian tidak
terdapat satu pun yang boleh mengekalkan warna hijau
selama-lamanya.
Peenyediaan Larutan F.A.A.
(Formalin-aseto-alkohol solution)
Bahan
Kuantiti
Ethyl Alkohol
70% 90 ml
Formalin ,
Formaldehyde 5 ml
Asid Asitik
glacial 5 ml
Bagi bahan tumbuhan yang lembut
digunakan 50% , gunakan 3 ml asid asetik dan 7 ml formalin
bagi bahan-bahan keras seperti berkayu (woody)
Kaedah-kaedah berikut ini dapat
mengawet dan mengekalkan warna hijau pada tumbuhan dengan
berkesan bagi satu-satu jangkamasa tertentu. Ini adalah
bergantung pada jenis tumbuhan pula.
1. F.A.A dengan kuprum sulfat
Bahan
Kuantiti
Kuprum
sulfat 0.1
g
Ethyl alkohol,
50% 90 ml
Formalin,40%
formaldehyde 5 ml
Asid setik,
glacial 5 ml
Cara : Rendamkan spesimen dalam
larutan ini selama 3-4 hari. Selepas itu pindahkan ke
larutan F.A.A (tanpa CuSo4) untuk disimpan.
2. Lactophenol kuprum
Bahan
Kuantiti
Fenol
20 g
Asid
laktik
20 g
Gliserin
40 g
Air
suling
20 ml
Kuprik
Keloroid
0.2 g
Kuprik
asetat
0.2 g
Larutan ini dicadangkan untuk alga
hijau tetapi sesuai juga untuk lumut hati dan lumut jati.
Rendamkan spesimen dahulu dalam larutan selama 3 hingga 10
hari bergantung pada saiz tumbuhan. Kemudian pindahkan ke
dalam larutan F.A.A. untuk disimpan.
2. Alga
Pengawetan dalan cecair
1) Alga air tawar : larutan-larutan
yang disebut di bawah adalah dicadangkan untuk semua jenis
kecuali yang berbentuk unicellular lembut (delicate)
penambahan sedikit kuprum sulfat munkin dapat membantu
mengekalkan sedikit warna alga hijau.
A) Formalin-chroma alum
Kalium-kronalum 10 g
Formalin
4% 5 ml
Air
500 ml
b) Formalin -asid asetik
glacial
Air 72
ml
Formalin (40%
Fornaldehyde) 5 ml
Gliserin 20
ml
Asid asetik
glacial 3 ml
c) Transean’ s solution
Air 60
ml
Ethyl
alkohol 30 ml
Formalin 10 ml
Gliserin 5
ml
ii) Alga Laut
a) 3 % Formalin
Formalin 3 ml
Air
laut 97 ml
Untuk alga yang besar
gunakan 5 ml formalin
b) Ethly
alkohol
Ethyl
alkohol 70 ml
Air
laut 30 ml
Untuk menetapkan warna
hijau dalam alga laut, larutan berikut adalah dicadangkan.
3. Kulat
Pengaweatan dalam cecair, kulat-kulat
segar (freshy) seperti cendawan, kulat bracket dan kulat cup
serta bahagian-bahagian yang dijangkiti parasit-parasit
kulat boleh diawet untuk jangkasmasa tertentu dengan
menggunakan bahan-bahan pengawet di bawah ini.
A) 5 % formalin (tambahkan 5 ml
formaldehde kepada 5 ml air suling
b) F.A.A. (Formalin-asid asetik
alkohol)
Formaldehde (larutan
40%) 50 ml
Asid asitik
galcial 50 ml
Alkohol 60 % (ethanol atau
isopropil) 900 ml
Bagi mengawet kulat berwarna
formulasi-firmulasi nerikut adalah disyorkan.
A) Kulat yang terdapat pigmen
larut air
Asid asetik
glacial 10 ml
Mercuric
acetat 1.0 ml
Plumbum asetata
neutral 10.0 ml
Ethy alkohol 90
% 1000 ml
b) Kulat yang terdapat pigmen
tak larut
Asid asetik
glacial 5 ml
Mercuric
asetat 10
ml
Air
Suling
100 ml
Pengawetan kering : tumbuhan dengan
parasit kulatnya boleh dikeringkan dalam penekanan
tumbuhan(plant press) dan disimpan di atas kertas herbarium.
Kulat segar, termasuk cendawan, bola puf, kulat cup, dan
lain-lain boleh dikeringkan dibawah matahari atau bawah
pencahayaan terang. Spesimen yang kering ini akan disimpan
di dalam beka-bekas yang mana dimasukkan sedikit hablur
paradichlorobenzenl bagi menghalang seranggan memasuki dan
merosakkannya.
Pengawetan spesimen tumbuhan
dengan cara kering.
Kebanyakkan tunbuhan berkayu boleh di
awetkan terutama daun dan bunnya untuk dijadikan spesimen
herbarium. Keadaan ini dalah paling sesuai dan boleh
disimpan dengan lama jika disimpan dikendalikan dengan
sempurna. Pengawetan dalam bentuk kering ini adalah sesuai
untuk dijadikan bahan rujukan di makmal sekolah anda. Jadi
bagaimana anda akan melakukan pengawetan ini ?
Mula-mula adan perlu menyediakan bahan
atau alat-alatnya seperti di bawah ini:
1. Alat penekan (plant press)
Diperbuat daripada kayu berukuran
setiap 1cm x 3 cm x 48 cm panjang. Kayu-kayu ini kemudian
dipaku dengan teguh untuk membentuk pengapit. Anda perlu
menyedikan dua belah alat ini.
2. Tali pengikat
Tali ini adalah untuk mengikat alat
pengapit. Boleh diperbuat daripada nylon ataupun jerami dan
secukup panjang untuk diikat dikeliling alat pengapit.
3. Kadboard (corrigated boards)
Sediakan beberapa keping berukuran 33
cm x 50 cm. Kadbod ini digunakan untuk mengapit spesimen
yang telah disusun di antara helaian kertas sebelum dikapit
dengan pengapit.
4. Lapisan kertas
Kertas ini adalah untuk menyusun dan
mengapit spesimen. Anda boleh gunakan kertas surat khabar
untuk tujuan ini.
5. Kertas herbarium
Kertas ini tebal, berukuran 16 1/2” x
10 1/2” dan berwarna putih. Penyediaan spesimen herbarium
melibatkan proses mengutip, menekan (mengapit) melekat,
melabel dan akhirnya mengecamkan spesimen. Disini saya tidak
akam membincangkan kaedah pengecaman spesimen.
Proses Pengapitan
Anda perlu memilih spesimen yang
sesuai seeloknya yang mempunyai daun yang tidak dimakan
ulat, bunganya atau buahnya jika terdapat. Kemudian susunkan
spesimen ini di antara lapisan kertas. Pastikankeratan
spesimen ini tidak melebihi kertas kadbor (33 cm x 50 cm)
yang akan digunakan untuk mengapitnya nanti. Sisinkan
daun-daun supaya tidak bertindih dan jika terlalu banyak
daun buangkanya jika perlu , cukup sekadar mempamerkan
bahagian batang, daun, dan bunga. Selepas itu anda perlu
susun spesimen di dalam kertas ini di antara dua kadbod dan
alat pengapit kayu. .Dengan menggunakan tali dengan kuat
kepitan spesiemn ini seelok-eloknya tali dikelilingkan
beberapa kali pada pengapit tadi.
Mengering Spesimen
Apabila spesimen selesai dikapit ianya
sudah sedia untuk dikeringkan. Terdapat dua cara anda dapat
mengeringkan spesimen tersebut. Pertama dengan cara cahaya
matahari dan kedua adalah dengan menggunakan ketuhar yang
mana suhu boleh dikawal. Dengan cara pertama spesimen dalam
alat pengapit perlu didedahkan di bawah cahaya matahari.
Pada keesikan harinya anda perlu membukannya pengapit
ini dan pindahkan spesimen-spesimen ke lapisan kertas-kertas
baru. Betulkan dan atur semula daun-daun atau bunga yang
terlipat semasa proses pengapitan terdahulu. Proses ini
perlu dilakukan sehingga spesimen betul kering. Cara
mengering dengan cahaya matahari ini akan mengambil masa
satu minggu.
Kaedah pengeringan dengan menggunakan
haba dari ketuhar adalah sangat sesuai dan cepat. Jika
terdapat edaran udara yang elok maka ianya adalah satu cara
paling sesuai menerusi pengeringan cepat bagi mengawet warna
tumbuhan. Spesimen yang dikapit dimasukkan terus kedalam
ketuhar pada suhu 45 C hingga 60 C. Proses pengeringan cara
ini biasanya mengambil masa 3 hingga 7 hari. Dalam pad itu
jangan lupa menukar lapisan kertas bila-bila perlu.
Melekatkan Spesimen (Mounting)
Selepas anda telah melakukan proses
pengapitan dan pengeringan, spesimen tadi adalah sedia untuk
dilekatkan ke atas kertas herbarium. Kertas herbarium yang
standard adalah berukuran 16 1/2” x 10 1/2”. Tujuan utama
bagi spesimen ini dilekatkan adalah untuk memudahkan
penyimpanan. Oleh itu adalah penting bagi anda memastikan
spesimen dilekatkan dengan kuat pada kertas serta diatur dan
dipamer dengan jelas. Sebolehnya-bolehnya kedudukan asal
bahagian tumbuhan mestilah dikekalkan dan anda tidak perlu
mengubah mana-mana bahagian untuk mendapatkan kedudukan yang
anada rasa elok. Pamerkan bahagian atas dan bawah daun-daun
terutama sekali bagi tumbuhan seperti pakupakis supaya dapat
dilihat perbezaanya.
Batang tumbuhan boleh
dilekatkan ke atas kertas herberium dengan menggunakan
benang jahitan. Anda perlu menebut kertas herberium ini dan
jahitkan benang dengan mengguakan jarum. Disampingitu juga
anda boleh gunakan kertas jalur bergam atau gam
resin/emulsi. Pastikan selepas menjahit anda mematikan
jahitan dengan membuat satu ikatan di belakang kertas
herberium. Daun-daun pada kertas lebar boleh juga dijahit di
batangnya atau digam terus pada kertas. Setiap tumbuhan
mestilah dilekatkan pada kertas herberium yang berasingan.
Melebel spesimen
Sesudah melekatkan spesimen yang telah
kering tadi perlu melebelkannya selepas ini. Biasalebel ini
dilekatkan pada bahagian bawah kertas. Maklumat yang
difikirkan perlu adalah seperti nama saintifik,nama amnya,
nama family, tempat dimana ia dikutip, habitatnya, nama
pengutip, tarikh ianya dikutipdan nombor herberiumnya bagi
tujuan rekok atau rujukan ( sila lihat contoh ).
|