|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
![]() |
KESELAMATAN BAHAN RADIOAKTIF
1.3 BAHAN
RADIOAKTIF
1.3.1 Kelayakan Guru Sains
Guru yang hendak mengunakan sumber atau bahan radioaktif di
dalam makmal sains sekolah hendaklah guru yang berpengetahuan
dan berpegalaman dalam pengendalian bahan radioaktif.
1.3.2 Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif
Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif hendaklah
mendapat kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Negeri.
Jubah makmal dan cermin mata keselamatan hendaklah dipakai
semasa menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan radioaktif.
Kerja yang menggunakan cecair radioaktif hendaklah dijalankan
di atas dulang atau talam. Selepas menjalankan eksperimen,
tangan hendaklah dibasuh dengan sabun dengan bersih sebelum
meninggalkan makmal.
Sumber radioaktif hendakalh sentiasa dikendalikan dengan
pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan.
Pengunaan sumber cecair atau sumber yang lebih aktif tidak
boleh dikendalikan dengan mulut ( misalnya dengan menggunakan
pipet dan botol basuh ). Sumber radioaktif janganlah sekali-kali
dihampirkan dengan mata.
Bahan radioaktif mestilah disimpan di dalam bekas plumbum.
Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukanoleh guru
tertentu yang bertanggunjawab ke atasnya sahaja. Jika sumber
radioaktif digunakan, maka sarung tangan keselamatn hendaklah
dipakai.
Sisa-sisa radioaktif hendaklah dilupuskan mengikut peraturan
yang ditentukan baginya ( sila lihat cara-cara pelupusan ).
1.3.3
Penyimpanan
Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie
sumber terbuka dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan
sumber tidak di benarkan 4 millicurie. Sumber radioaktif
seperti strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti radium
tidak boleh digunakan kerana ia membebaskan zarah alfa.
Semua bahan yang dibenarkan penggunaannya hendakalah disimpan
di dalam stor atau almari bertanda dan berkunci dan jabatan
bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang bahan-bahan
tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari
tersebut hendaklah berasingan dan dos yang dikeluarkan dari
dalamnya hendaklah dikira dan disukat serta ditanda padanya.
Seseorang tidak boleh didedahkan kepada sumber radioaktif
dengan tidak melebihi daripada 50 milirad setahun.
Jika kecurian atau kehilangan sumber radioaktif, pihak
polis, Jabatan Kimia dan Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah
diberitahu serta-merta.
Semua sumber dan bekas radioaktif hendaklah dilabelkan dengan
terang berserta dengan sumber berbahaya. Ia hendaklah disimpan
didalam stor yang tersebut dan terkunci bila tidak digunakan.
1.3.4
Kemalangan Dalam Makmal
Bahan-bahan lembabyang tumpah hendaklah dilap hingga kering .
Dulang atau bekas mengisi bahan tumpahan ini hendakalh
dibasuh dengan sabun atau bahan pencuci.
Sebarang pencemaran di lantai, bangku atau lain-lain permukaan
makmal hendakalh dibasuh dengan bersih dan diukur kekuatan
keradioaktifannya.
Pakaian yang tercemar hendaklah dihantar kepada orang yang
pakar dalam bidang teknik pelupusan ( seperti Pegawai
Keselamatan Radioaktif Hospital ) untuk tindakan selanjutnya.
1.3.5
Pelupusan
Bahan radioaktif dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
(i)
“Sumber Tertutup”
(a) Takrif:
( b) Kaedah:
Sumber yang tidak diperlukan
hendaklah dikembalikan kepada pembekal atau pengeluarnya.
Jika sumber tertutup iaitu disyaki merbahaya atau bocor,
pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu dengan
segera
|