Internet Store and Ecommerce Solution Provider - Free Web Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - High Speed Internet
Search the Web

 MAKMAL SAINS SEKOLAH

 

Home  > Keselamatan Makmal

Hari ini,
i

Peraturan Am Makmal

Peraturan Untuk Pelajar

Menyediakan Larutan
Kriteria Kecemerlangan Keselamatan Makmal Biologi
Keselamatan Makmal

Keselamatan Bahan Radioaktif

Menanggalkan Kotoran

Langkah Keselamatan
Sedia Larutan Biasa

Letupan Di Makmal

Penyelenggaraan Mikroskop

Projek 60 - 40

Sedia Pewarna

Penyediaan Sisip Mikroskop

Teknik Asas Kimia

Teknik Asas Biologi

Teknik Pengukuran

Pertolongan Cemas

Tugas Kakitangan Makmal

Pengurusan Stok

Awet Haiwan Kecil

Awet Akuatik

Awet Bahan Biologi

Forum SMKB

Sertai Egroup Makmal Sains

Latar Belakang

Seulas Kata Penyusun

Organisasi

Kakitangan Makmal SMKB

Panorama Makmal SMKB

Makmal SMKB

Ibnu Haiyan

Ibnu Khaldun

Ibnu Sina

Al Biruni

Al Kindi

Al Nafis

 

 

Link Ke Laman Berkaitan

Laman SMK Berangan

 

 

 

 

 


           Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan

KESELAMATAN MAKMAL 

1.        KESELAMATAN MAKMAL SAINS          

1.1      BAHAN KIMIA 

Terdapat berbagai-bagai jenis bahan kimia berbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini.  Antaranya, ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di atas.Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan kimia.

Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan untuk menyedut keluar larutan.  Jangan sedut dengan mulut. 

Mesti berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan berikut: 

1.1.1    Pepejal Mudah Terbakar

           Logam Natrium dan Kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya dalam minyak (Kerosin atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair.  Fosforus kuning mestilah disimpan terendam sepenuhnya dalam air dan jangan dibiarkan menjadi kering.   Penyimpanan ketiga-tiga  bahan ini hendaklah diperiksa selalu untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya dalam cecair. (Penggunaan fosforus kuning tidak digalakkan di sekolah).

Bahan pengoksida yang kuat (misalnya klorat, perklorat, nitrat, mengganat, peroksida, asid nitrik) mestilah disimpan berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksida.

Jadual 1 menunjukkan beberapa pepejal mudah terbakar disertai dengan kesan bahaya dan kaedah penyimpanan masing-masing.  

1.1.2  Cecair Mudah Terbakar

Cecair mudah terbakar yang banyak seperti yang terdapat dalam botol “Winchester” hendaklah disimpan pada aras terbawah dalam almari .  Almari ini  harus mempunyai tubir untuk mencegah cecair mengalir keluar daripada botol yang pecah.  Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas dan hendaklah terhindar daripada bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan. 

Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air. Jauhkan cecair mudah terbakar daripada sebarang sumber nyalaan. 

Jadual 2 menunjukkan beberapa cecair yang mudah terbakar, serta takat kilat masing-masing. 

Jadual 2:  Bahan Kimia (Cecair) Mudah Terbakar 

Bahan

takat kilat /C  (Sambaran)

Propana

Dietil eter

Dimetil eter

Karbon disulfida

Aseton

Sprit petroleum

metanol

Etanol

- 104

- 45

- 41

- 30

- 18

- 17

   10

    10

 

 

 1.1.3   Bahan Kimia Mengkakis 

Contoh bahan-bahan kimia bersifat mengkakis adalah asid-asid pekat seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik, asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat (VII) dan argentum nitrat.

Elakkan anggota badan daripada tersentuh bahan-bahan tersebut.  Pengendalian bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam kebuk wasap dengan memakai cermin mata keselamatan serta sarung tangan keselamatan. 

Sekiranya sebahagian badan terkena  bahan kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah segera dibilas dengan air yang berlebihan. 

Selalunya , jika amali melibatkan bahan kimia mengkakis dengan bahan organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan. 

1.1.4  Bahan Kimia Beracun 

Eksperimen dengan gas beracun mesti dilakukan dalam kebuk wasap.Gunakan pipet untuk menyedut keluar cacair yang beracun.

Seseorang yang menggunakan bahan kimia beracun mesti memakai cermin mata keselamatan dan sarung tangan keselamatan getah.  Selepas eksperimen, tangan hendaklah dibasuh.

Jika mata untuk kulit ternena bahan kimia beracun, cuci segera dengan air yang banyak. Sebagai langkah susulan rawatan Pegawai perubatan hendaklah didapati. 

(A)    Langkah Keselamatan 

Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan yang boleh memudaratkan.  Oleh itu langkah keselamatan mesti diberi perhatian. 

(i)   ANILINA  mudah menyerap ke dalam kulit.

(ii)  BENZENA jika dihidu sedikit-sedikit selama tempoh masa yang agak lama, boleh menjadi racun. Ia juga boleh menyerap ke dalam kulit. Jika boleh ia mestilah digantikan dengan bahan yang kurang beraacun misalnya toluena atau xilena. 

(iii)   WAP BROMIN   adalah merbahaya kepada mata, hidung dan paru-paru. Ia juga membahaya bila bersentuhan dengan kulit.

(iv)    KARBON DISULFIDA boleh menyerap ke dalam kulit dan wapnya sangat beracun.  Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat suhu nyalaan yang rendah.

(v)    WAP KARBON TETRAKLOARIDA (tetraklorometana)  adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.

(vi)   KLOROFORM (Triklometana) adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.

(vii)   HIDROGEN SULFIDA sama beracun seperti hidrogen sianida, tetapi ia bukanlah racun yang menokok.  Ia mesti digunakan hanya dalam kebuk wasap sahaja.

(viii)  MERKURI mesti dipanaskan hanya di dalam kebuk wasap tetapi lebih baik lagi jika tidak dipanaaskan langsung.  Wapnya ADALAH SANGAT  merbahaya.

(ix)     SULFUR DIOKSIDA   adalah beracun. 

(B)   Peraturan Penyimpanan 

            Penyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:

            (i)   Semua botol reagen bahan kimia mestilah  dilebel dengan jelas dan lebel itu hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa.

Bagi-bahan kimia yang beracun dan berbahaya simbol-simbol tertentu digunakan.
 

(ii)  Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan dalam makmal tetapi mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang mempunyai peredaran udara yang baik.  Rak menyimpan bahan ini mestilah bertubir untuk mengelakkan botol daripada jatuh.

(iii)   Cecair meruap dan lain-lain  cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam tempat khas yang kalis api. 

(iv)    Bahan kimia yang beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci di dalam stor. Penggunaannya mestilah direkodkan. 

(iv)    Di dalam makmal tidak digalakkan ,menympan cecair yang lebih daripada 500cm3. Bahan kimia lama yang tidak boleh digunakan lagi merupakan sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan).  Ia mestilah dirawat mengikut cara yang betul. 

1.1.5  Amalan Keselamtan Bagi tumpahan bahan Kimia 

Sebarang tumpahan bahan kimia adalah berbahaya, kerana ia menyebabkan kebakaran, kemalangan dan mengeluarkan wasap toksik. 

(i)    Bahan pepejal kering  :    Bahan ini disapu, dikumpul dan dimasuki dalam bekas sisa buangan yang sesuai. 

(ii)   Larutan (Asid)          :       Tumpahan larutan asid hendaklah dengan air berlebihan. 

Pepejal Natrium Hidrogen Karbonat  atau laarutannya boleh digunakan untuk meneutralkan saki baki tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air. 

Peringatan :  Apabila air disiram ke atas tumpahan asid sulfik pekat, dengan tujuan untuk membersihkannya, haba terhasil dan asid akan terpercik.  Siram dengan air yang banyak untuk mencairkan asid dan ini akan mengurangkan hasilan haba serta percikan asid itu. 

i)  larutan Alkali  :  Tumpahan larutan alkali hendaklah disiram dengan air berlebihan terus ke dalam longkang. 

Peringatan:  Larutan alkali akan menyebabkanlantai menjadi licin.  ?Tabur pasir ke atas tumpahan tersebut dan bersihkan.

i) Bahan berminyak

Tumpahan minyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang.  Mop kawasan tumpahan dengan sabun dan air dan lap hingga kering. 

ii)  Pelarut mudah Meruap :  Tumpahan pelarut mudah meruap akan meruap dengan cepat.  Tumpahan ini mungkin menyebabkan kebakaran, letupan, atau sesak nafas.  Kaedah pembersihan adalah seperti berikut:

(a)   Jika tumpahan itu sedikit, lapkan dengan kain dan buangkan kain tersebut

ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai.

Dan

b) Tumpahan yang banyak dimop sehingga kering (Lakukan seperti kaedah di atas (i).

iii)  Merkuri:   

Tumpahahn merkuri merupakan punca biasa wap merkuri dalam udara makmal . Jika merkuri tertumpah pastikan tingkap, pintu dibuka supaya terdapat peredaran udara yang cukup. Jika tumpahan yang berlaku adalah sedikit, litup merkuri dengan serbuk sulfur. Penguntip merkuri boleh digunakan untuk mengutip merkuri yang banyak.  

* Peringatan: Pakai sarung tangan getah keselamat semasa membersihkan sabarang  

   tumpahan. 

1.1.6 Pelupusan 

            Satu senarai bahan kimia yang beracun dan kaedah rawatan atau pelupusan yang sepadan baginya hendalahdiadakan dalam makmal. Pelupusan bahan-bahan kimia toksik hendakalh terlebih dahuludirujuk kepada jabatan kimia,Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar unatuk mendapatkan khimat nasihat.

 

 

                              
 

Hakcipta  - Makmal Sains , SMK Berangan, Tumpat, Kelantan