Internet Store and Ecommerce Solution Provider - Free Web Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - High Speed Internet
Search the Web

 MAKMAL SAINS SEKOLAH

 

Home  > Kakitangan Makmal SMKB

Hari ini,
i

Peraturan Am Makmal

Peraturan Untuk Pelajar

Menyediakan Larutan
Kriteria Kecemerlangan Keselamatan Makmal Biologi
Keselamatan Makmal

Keselamatan Bahan Radioaktif

Menanggalkan Kotoran

Langkah Keselamatan
Sedia Larutan Biasa

Letupan Di Makmal

Penyelenggaraan Mikroskop

Projek 60 - 40

Sedia Pewarna

Penyediaan Sisip Mikroskop

Teknik Asas Kimia

Teknik Asas Biologi

Teknik Pengukuran

Pertolongan Cemas

Tugas Kakitangan Makmal

Pengurusan Stok

Awet Haiwan Kecil

Awet Akuatik

Awet Bahan Biologi

Forum SMKB

Sertai Egroup Makmal Sains

Latar Belakang

Seulas Kata Penyusun

Organisasi

Kakitangan Makmal SMKB

Panorama Makmal SMKB

Makmal SMKB

Ibnu Haiyan

Ibnu Khaldun

Ibnu Sina

Al Biruni

Al Kindi

Al Nafis

 

 

Link Ke Laman Berkaitan

Laman SMK Berangan

 

 

 

 

 


           Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan

TUGAS KAKITANGAN MAKMAL SAINS SMK. BERANGAN

TUMPAT , KELANTAN

KAKITANGAN 1  - Zaikasuna Muhamad Darus  

Pembantu Makmal - Mula bertugas di SMKB  pada  2. Jun 2002 dari Politeknik Dungun ( Pn. Zaikasuna  mengantikan pn. Rosidah Abdullah yang bertukar ke Maktab Sultan Ismail pada 2 Jun 2002) 

1.    Mengurus pembelian peralatan sains, menulis borang pesanan pembelian, membuat sebut harga dengan syarikat pembekal, berhubung dengan ketua panitia dan pengetua dalam urusan pembelian peralatan sains.

2.     Memasukkan data ke dalam kad stok, peralatan biologi  peralatan am dan peralatan semasa  (alat tulis  dan      sebagainya , serta mengemaskini kad stok dari masa ke semasa.

3.      Menyediakan alat/radas biologi yang dipesan oleh guru-guru sains.

4.      Menyelenggara makmal biologi 1 dan 2 ( Makmal biologi 2 dibantu oleh kakitangan 4) , termasuk membersih, mengemas, melabel, menyusun alat/radas, carta, model, bekalan kapur, papan hijau dan juga siling  luar dan dalam.

5.       Menyelenggara dan membersih stor serta bilik penyediaan makmal biologi serta menyusun dan melabel kedudukan peralatan di makmal biologi.

6.        Menjaga peralatan keselamatan di makmal , setor dan bilik penyediaan makmal biologi seperti peti kesemasan, buku kemalangan, pemadam api, saluran gas dan sebagainya.

7.        Merancang dan mewujudkan keceriaan makmal biologi 1 dan 2 serta mewujudkan suasana yang sesuai untuk proses pembelajaran.

8.        Membuka dan menutup pintu-pintu serta memastikan lampu, paip air, di makmal dan setor biologi ditutup sebelum meninggalkan makmal selepas waktu kerja.

9.       Mengurus akuarium, membuat bahan awet seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

10.      Menyelenggara taman sains seperti pokok herba dan melabel pokok-pokok dengan nama saintifik.

 

KAKITANGAN 2

EDIRAMLE  ISMAIL 

Pembantu Makmal - .Mula bertugas di SMKB pada 8 Januari 2002 dari SMK Chabang Empat, Tumpat, Kelantan.

1.    Menyelenggara makmal kimia 1 dan 2 termasuk membersih, mengemas, melabel, menyusun atur alat/radas, bahan kimia, carta, model , bekalan kapur, papan hijau, siling, sink, bekalan gas ,paip air dan sebagainya.

2.     Menyediakan larutan kimia mengikut kadar yang sesuai bagi kegunaan semua makmal Sains SMKB.

3.      Menyelenggara , mengemas, menyusun  dan menjaga setor dan bahan kimia.

4.      Mengurus kad stok dan stok bahan-bahan kimia..

5.       Menyediakan  alat radas dan larutan/bahan kimia   dalam keadaan berfungsi yang diperlukan untuk ujikaji di makmal kimia dan biologi.

6.        Menyelenggara dan membersih stor makmal dan bilik penyediaan makmal kimia serta menyusun dan melabel kedudukan peralatan/bahan kimia.

7.        Merancang dan mewujudkan keceriaan makmal kimia 1 dan 2, stor kimia dan bilik penyediaan kimia  serta mewujudkan suasana yang sesuai untuk proses pembelajaran.

8.        Membuka dan menutup pintu-pintu serta memastikan lampu-lampu, paip air, di makmal dan setor kimia  ditutup sebelum meninggalkan makmal selepas waktu kerja.

9.        Menyusun jadual makmal, jadual kerja kakitangan makmal, sertqa merancang kerja semasa cuti persekolahan.

10.       Merancang dan melaksanakan program berhubung komputer dan IT di Makmal Sains.

 

KAKITANGAN 3 

 NIK ROSLAN BIN NIK MUSTAFA

 

1.        Menyelenggara makmal Al_Biruni ( Kimia 2)dan Al- Khindi (fizik 2) termasuk membersih ,mengemas, melabel ,menyusun atur alat radas bahan kimia carta bekalan kapur papan hijau siling sink bekalan gas paip air dan sebagainya. 

2.        Menyediakan larutan bahan kimia. 

3.        Menyelenggara mengemas menyusun dan menjaga stor bilik penyediaan makmal AL- Biruni dan bilik APD makmal sains. 

4.        Menyelenggara kad stok peralatan makmal Al- Biruni dan Al –Khindi 

5         Merancang dan mewujudkan keceriian makmal Al- Biruni dan makmal Al- Khindi serta mewujudkan suasana yang sesuai untuk proses pembelajaran. 

6         Membuka dan menutup pintu-pintu serata memastikan lampu,kipas dan paip air dimakmal tingkat atas ditutup sebelum meninggalkan makmal selepas waktu kerja 

7         Mengurus akuarium ,membuat bahan awet haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

 8         Menyelenggara taman sains seperti pokok herba dan melabel nama- nama pokok dengan nama saintifik. 

9.        Menyedia buku –buku pesanan , buku keselamatan ,buku kerosakan peralatan dan buku lain yang diperlukan untuk urusan makmal 

10.     Menyelenggara bilik  pustaka sains. 

11.     Mengambil alih tugas kakitangan makmal yang lain semasa ketiadaannya seperti cuti dsbnya.

 

KAKITANGAN 4 -

- Khairul Nezam bin Hassan ( Mulai Jun 2002)   - Dari Pejabat Sekolah SMKB. 

  1. Menyelenggara makmal  fizik 1 dan 2 termasuk membersih, mengemas, melabel, menyusun atur alat/radas, fizik, carta, model, bekalan kapur, papan hijau, siling luar dan dalam , sink, bekalan gas, paip air dan sebagainya.
  1. Menyediakan alat/radas fizik dalam keadaan berfungsi yang diperlukan untuk kegunaan ujikaji di semua Makmal Sains SMKB
  1. Menyelenggara , mengemas, membersih ,  menyusun , melabel   peralatan fizik di setor fizik.
  1. Mengurus kad stok dan stok alat/radas fizik.
  1. Menyelenggara , membersih, mengemas, menyusun, melabel, mengalamatkan alat/radas fizik di bilik penyediaan makmal fizik .
  1. Merancang dan mewujudkan keceriaan di makmal fizik 1 dan 2, setor fizik dan bilik penyediaan fizik  serta mewujudkan suasana yang sesuai untuk proses pembelajaran.
  1. Membuka dan menutup pintu-pintu serta memastikan lampu, paip air, di makmal dan setor fizik  ditutup sebelum meninggalkan makmal selepas waktu kerja.
  1. Mengurus bekalan kapur tulis, pemadam papan hijau, penyapu, penyapu bulu ayam, mop, penyapu sarang labah-labah, berus sink, penyodok sampah dan peralatan umum untuk kebersihan makmal.
  1. Menyimpan peralatan elaktrik, wayar dan siaraya makmal.

 

  KAKITANGAN 5 - Tiada

 

  1. Membantu dalam urusan surat menyurat Jabatan Sains.

  1. Mengurus pembelian  tunai peralatan semasa.

  1. Membantu menyelenggara makmal kimia 2, biologi 2 dan fizik 2.

  1. Mengawasi ubat dan peralatan keselamatan di semua makmal sains termasuk bekalan gas.

  1. Mengawasi keselamatan elektrik, bekalan gas, paip air, langsir  dan perabot di makmal sains

  1. Membantu menyediakan alat/radas untuk untuk ujikaji  semua makmal sains SMKB.

  1. Menyediakan buku –buku pesanan, buku keselamatan, buku kerosakan peralatan dan buku-buku lain yang diperlukan untuk urusan makmal.

  1. Membantu mengemas dan membersih bilik penyediaan makmal biologi dan fizik.

  1. Merancang dan mewujudkan  label-label  serta peringatan untuk semua makmal sains SMKB    serta mewujudkan suasana bantu bagi menambahkan keceriaan makmal..
  1.  Membantu membuka dan menutup pintu-pintu serta memastikan lampu-lampu, paip air, di makmal   ditutup sebelum meninggalkan makmal selepas waktu kerja.
  1. Mengambil alih tugas kakitangan makmal yang lain semasa ketiadaannya seperti cuti dan sebagainya.
  1. Bertanggungjawab terhadap alat-alat pertukangan seperti tukul, player, gergaji dan sebagainya.
  1. Menyelenggara taman sumber sains dan pamerana saians sekolah.
  1. Menyelenggara sudut khas pameran hasil kerja pelajar, kakitangan makmal dan guru-guru sains.
  1. Menyelenggara papan kenyataan, carta organisasi sains, gambar, poster, album, carta aliran kerja P& P , peta laluan kecemasan, peraturan keselamatan, Perpustakaan jabatan sains/Galeri sains.
  1. Membantu melaksanakan program IT di makmal Sains SMK Berangan

 

 

MEMBANTU MEMAJUKAN NEGARA

 

 

 

                              
 

Hakcipta  - Makmal Sains , SMK Berangan, Tumpat, Kelantan