|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
![]() |
LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS SEKOLAH
Perkara-perkara am
A). Petunjuk
Satu
petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA berukuran lebih kurang 2
meter kali setengah meter dalam tulisan besar tersergam
hendaklah diletak disesuatu tempat uang senang diperhati
disetiap makmal;.
B) Peti pertolongan cemas
peti
pertolongan cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di tempat
yang sesuai dalam tiap-tiap bilik makmal.
C) Peraturan
pelajar-pelajar mesti memahami dan mematuhi peraturan makmal
yang disenaraikan. Murid-murid perempuan yang menggunakan mini
telekung perlu berjaga-jaga bila menjalankan ujikaji.Khususnya
yang melibatkan penggunaan penunu bunsen atau asid . Bagi
mereka yang bermbut panjang , adalah dinasihatkan menyangul
rambut mereka bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
Seboleh-bolehnya guru yang berkenaan menggunakan
waktu pertama dalam tiap tahun menerangkan peraturan maklmal
kepada pelajar. Ketua jabatan sains hendaklah mengadakan satu
penjumpaan guru-guru sains pada awal tahun untuk membincangkan
dan menarik perhatian guru kepada lengkah-langkah keselamatan
dan serta pertolongan cemas di bilik makmal sains.
Guru juga memastikan bahawa pelajar-pelajar
mengetahui peraturan semasa kebakaran di sekolah.
D. Pergerakan pelajar
Pergerakan pelajar dalam makmal mestilah
dikurangkan seberapa yang boleh untuk mengelakkan kemalangan.
Bilik makmal yang penuh sesak boleh mendatangkan bahaya.
Pelajar-pelajar hendaklah dinasihatkan supaya
jangan bernakal semasa berada dalam makmal sains.
E. Peredaran udara
Bilik makmal mesti menpunyai peredaran udara yang
baik untuk mengelak daripada lemas atau menyedut asap yang
beracun.
F. Lantai
Ruang perjalanan dalam makmal mestilah bebas
daripada sebarang penghalang daripada sebarang penghalang
untuk mengelakkan kaki daripada tersangkut semasa berjalan dan
untuk menyenangkan lalulintas apabila berlaku kecemasan.Lantai
yang basah atau terkena minyak mesti dibersihkan dengan segera.
G. Bekalan Elektrik
Semua kotak fius hendaklah diperiksa penggal
persekolahan untuk menentukan bahawa ia tidak rosak. Segala
kerosakkan hendaklah diperbaiki oleh juru elektrik yang
berkelayakkan.
Pemutar litar ( circuit breaker ), sekiranya ada
hendaklah diperiksa sekali sepenggal .
Semua wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik
dan jangan dibiarkan sebarang wayar elektrik berjuntai.
Tiap-tiap punca kuasa elektrik khususnya yang
terdapat di meja-meja kerja hendaklah dalam keadaan yang baik.
Semua punca kuasa elektrik yang pecah hendaklah diganti baru.
Jangan sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa
elektrik dengan tangan yang basah.
H. Kaca
Pelajar-pelajar mestilah diajar bagaimana hendak
menggunakan alatan kaca, membulat hujung kaca,dan khususnya ,kaedah
yang betul untuk memasukkan saluran kaca kedalam gabus
berlubang dan penyumbat getah. Gunakan kain untuk melindungi
tangan dan air atau minyak untuk melincinkan saluran kaca.
I. Kemalangan
Semua kemalngan yang berlaku hendaklah dicatatkan.
Catatan hendaklah mengandungi butir-butir,antara lain, nama
murid, tingkatan, kemalangan, masa, rawatan yang diberi dan
catatan guru.
1.2 KEMALANGAN
Antara jenis peralatan memadam api yang boleh di gunakan
adalah seperti berikut:
i. Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung
dalam bungkusan yang sesuai gebar api ini hendaklah dipasang
pada diding bilik makmal dan digunakan bila pakaian terkena
api.
ii. Setimba pasir yang bersih serta kering dengan
penyeduknya.
ii. Pemadam api jenis karbon dioksida dab jenis
busa. Biasanya pemadam api jenis ABC digunakan kerana ia dapat
memadamkan banyak jenis api.
Peralatan pemadam api tersebut hendaklah disediakan didalam
makmal berdekatan denagn pintu dan hendaklah diperiksa oleh
pihak bomba sekurang-kurangnya sekali setahun.
Guru
dan kakitangan makmal hendaklah biasa dengan penggunaan
peralatan melawan api. Latihan kecemasan api hendaklah
dijalankan khas untuk pelajar di bilik makmal pada awal
pertengahan tahun. Jabatan bomba hendaklah dihubungi bagi
mendapatkan nasihat dan tunjukcara.
1.3
LETUPAN
a. Kebanyakan letupan dalam makmal adalah oleh gas
hidrogen. Bila menjalan percubaan yang mungkin merbahaya (
misalnya pembakaran gas hidrogen ), adang keselamatan
hendaklah digunakan.
b. Letupan juga boleh berlaku akibat kebocoran gas
daripada selinder gas. Gas mampat di dalam selinder tidak
boleh di simpan di dalam bilik persediaan, makmal atau atau
berhampiran dengan cecair mudah terbakar. Silinder ini
hendaklah disimpan di tempat yang agak sejuk serta mempunyai
peredaran udara yang baik dan hendaklah diapitkan dalam
keadaan tegak. Troli boleh digunakan untuk mengangkut selinder
ini.
Selinder gas , kepala paip dan paip gas serta paip
tiup penunu bunsen hendakalh diperiksa selalu, jika perlu
tiap-tiap pagi supaya tidak ada yang bocor. Sebarang kebocoran
tidak boleh sama sekali diuji dengan api ia hendaklah diuji
dengan air sabun.
Kunci paip gas induk hendaklah ditutup bila tidak
digunakan. Ia mestilah berada dalam keadaan yang mudah sampai
kepadanya apabila berlaku kebakaran.
Lekapan kepala selinder gas oksigen jangan sekali-kali
disapu gris untuk mengelakkan daripada kemungkinan berlaku
letupan.
c. Pepejal, cecair mudah terbakar juga boleh
mengakibatkan letupan.
1.4 PERCUBAAN YANG MERBAHAYA
a. Menyalakan hidrogen
sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu sebelum
menyalakannya. Ambil contohnya ke dalam tabung uji dan
nyalakanya di tempat yang jauh daripada radas. Ujian ini
mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api yang sempurna.
b. Campuran yang mempunyai klorat
jangan panaskan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah
teroksida seperti fosfur atau sulfur.
c. Pemanasan Ammonium Nitrat
sebahagian kecil daripadanya mungkin meletup bila dipanaskan.
Proses pemanasan hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya
terurai.
d). Natrium dan kalium
Gunakan sedikit sahaja. Kalium yang tersimpan lama boleh
melatup walaupun segala langkah pengawasana baginya dijalankan.
Kalium yang tersimpan lama dan bertukar menjadi kuning
hendaklah dimusnahkan dengan sermat dengan menukarnya menjadi
garam.
e). Asid
jangan sekali-kali mencampur asid pekat dengan klorat. Bila
hendak mencairkan asid pekat, tuang asid ke dalam air serta
mengacaukan larutan JANGAN SEKALI-KALI dituang air ke dalam
asid pekat.
f). Radas yang mengandungi cecair yang mudah terbakar
jangan seksli-kali meeletakkan kelalang berisi cecair yang
mudah terbakar di tengah panas. Kerana pancaran matahari yang
bertumpu padanya boleh menyebabkan berlakunya letupan.
g) Voltan tinggi
Pelajar-pelajar tidak digalakkan menjalankan apa-apa percubaan
yang melibatkan penggunaan peralatan sains voltan tinggi.
h). Barang-barang kaca bagi kerja tekanan tinggi dan
rendah
salur
kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah mempunyai dinding yang
tebal dan berada dalam keadaan yang baik.
I). Tunjukcara
Dalam
tunjukcara yang melibatkan penggunaan radas voltan tinggi
tekanan tinggi, bahan radio aktif, tindakbalas kencang dan
sebagainya , tentukan yang pelajar berada di tempat yang cukup
jauh. Jika keadaan memerlukan supaya mereka berada dekat,
maka adang yang mencukupi hendaklah diadakan dan
pelajar-pelajar hendaklah diberitakan tentang bahayanya.
j). Semaian Hidupan Seni
Adalah mungkin bagi hidupan janapenyakit untuk membiak
bersama-sama dengan semaian hidupan seni di dalam agar-agar
suci kuman ( dalam mangkuk patri atau pada bahagian salur yang
curam) untuk mengelak daripada jangkitan, mangkuk pateri yang
hendak diperiksa oleh pelajar hendaklah dibalut dengan pita
selofan.
Pelajar yang menjalankan percubaan ini di rumah hendaklah
diberitahu tentang bahayanya dan arahkan mereka supaya
membubuh bahan pembunuhan kuman yang kuat ke dalam semaian itu
sebelum membuangnya.
1.5 BAHAN KIMIA
Terdapat banyak jenis bahan kimia yang merbahaya yang sering
digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini. Antaranya
ada yang mudah terbakar, mengkakis, beracun, mudah meletup dan
kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya tersebut di
atas.
Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan
ujikaji dengan penggunaan bahan kimia.
Jika
pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia,
pengisi pipet hendaklah digunakan untuk untuk menyedut keluar
larutan. Jangan sedut dengan mulut.
Mesti
berhati-hati serta cermat bila menggunakan bahan-bahan kimia
yang berlabel RACUN.
a) Pepejal Yang Mudah Terbakar
Logam natrium dan kalium hendaklah disimpan
terendam sepenuhnya didalam minyak (kerosen atau minyak tanah)
dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosfur (kuning)
mestilah disimpan sepenuhnya didalam air dan jangan
dibiarkan menjadi kering.
Pemyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah diperiksa selali
untuk menentukan bahawa ia terendam sepenuhnya didalam air. (Fosfus
kuning tidak digalakkan penggunaanya di sekolah.)
Bahan
pengoksida yang kuat(misalnya klorat,perklorat, nitrat,
permanganat peroksida, asid nitrik)mestilah disimpan berjauhan
daripada bahan-bahan yang mudah teroksi dan jangan diletakkan
di atas kertas di atas bagku makmal.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa pepejal yang mudah
terbakar dengan kesan merbahaya, penyimpanan dan pembuangan
masing-masing.
|
Bahan Kimia
|
Kesan-Kesan Merbahaya
|
Penyimpanan dan Pembuangan
|
Catatan
|
|
Litium,
Natriun,
Kalium
Serbuk Magnesium, Aluminium, Zink dan Ferum
Sulfur
Fosfurus Kuning
Fosfurus triklorida, Silikon tetraklorida, Aluminium
klorida
|
bertindak balas dan meletup dengan air
Bertindak balas dengan cergas dengan tetraklorometana
Mudah terbakar dan terbakar denga cergas
Menghasilkan gas Sulfur yang beracun apabila dipanaskan
Membentuk campuran letupan dengan serbuk logam atau agen
pengoksida seperti klorat
Membakar serta-merta apabila terdedah kepada udara
Bertindak balas dan meletup dengan air
|
Disimpan dalam parafin (kerosin)
Bertindak balas dengan etanol sebelum dibuang
Mesti dijauhkan daripada agen pengoksida seperti
nitrat,klorat, perklorat dan peroksida
Mesti dijauhkan daripada agen peroksida
Mesti disimpan di dalam air
Fosfurus triklorida ialah cecair yang sangat beracun
|
Api Litium,Natrium dan kalium mesti dipadam dengan pemadam
jenis serbuk
Mesti dipotong di dalam air
Mesti digunakan dalam kuantiti kecil
Ujikaji mesti dilakukan di dalam almari wasap
|
b) Cecair Mudah Terbakar
Cecair mudah terbakar yang bayak seperti yang
terdapat dalam botol Winchester hendaklah disimpan pada aras
terbawah di dalam almari. Almari ini harus mempunyai ambang
bagi mencecah cecair mengalir keluar dari botol yang pecah.
Cecair ini haruslah disimpan dalam bekas yang terhindar dari
bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh
menyebabkan letupan.
Cecair Winchester yang mudah terbakar tidak sepatutnya dibawa
masuk ke dalam makmal. Sekiranya hendaklah membawa botol
Winchester , jangan bawanya dengan tangan. Gunakan alat yang
sesuai.
Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan menggunakan kukus air.
Apabila api digunakan dalam makmal, jangan gunakan karbon
disulfida atau aseton.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa cecair yang mudah
terbakar, serta takat kilat masing-masing.
|
Bahan kimia
|
Takat Kilat /0C
|
|
Propana
Dietil eter
Dimetil eter
Karbon disulfida
Aseton
Sprit Petroleum
Metanol
Etanol
|
-104
- 45
- 41
- 30
- 18
- 17
10
12
|
c) Bahan Kimia Yang Mengkakis
Bahan kimia yang bersifat mengkakis termasuk
asid-asia pekat seperti asid nitrik, asid hidroklorik, asid
sulfurik, asid etanoik. Asid metanoik, ammonia pekat, hidrogen
peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium
manganat(VII) dan argentum nitrat. Bahan tersebut tidak boleh
dibenarkan menyentuh mana-mana permukaan badan kita. Kerja
denga bahan-bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam almari
wasap dengan memakai perlindungan mata serta srung tangan.
Sekiranya sebahagian badan terkena bahan kimia mengkakis,
bahagian tersebut hendaklah dibasuh di bawah air pili dengan
segera. Selalunya jika melibatkan bahan kimia ini dengan bahan
organik, kuantiti yang kecil sahaja digunakan.
D) Bahan Kimia Beracun
Satu senarai bahan kimia yang berracun dan penawar
dan rawatan yangsepadan baginya hendaklah diadakan di dalam
makmal.
Ujikaji dengan gan beracun mesti dilakukan dalam
almari wasap untuk mengurangkan gas beracun terdapat dalam
udara makmal.
Hanya pengisi pipet yang boleh digunakan untuk
menyedut keluar cecair yang beracun.
Seseorang yang menggunkan bahan kimia beracun
mestimemakai perlindungan mata dan sarung tangan. Selepas
ujikaji , tangan hendaklah dibasuh dengan segara.
Bahan-bahan kimia yang berikut mempunyai kesan
yang boleh memudaratkan:
i) ANILIN mudah menyerap ke dalam mulut
ii)BENZIN jika disedut sedikit-sedikit dalam
tempoh masa yang agak lama, boleh menjadi racun. Ia juga boleh
menyerap ke dalamkulit. Jika boleh ia mestilah digantikan
dengan bahan yang kurang beracun misalnya, toluena,xyele.
iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata,
hidung dan paru. Ia juga merbahaya bula bersentuhan dengan
kulit.
iv) KARBON DISULFID boleh menyerap ke dalam mulut
dan wapnya sangat beracun. Ia sangat mudah terbakar dan
mempunyai takat suhu nyala yang rendah.
V) WAP KARBON TETRAKLORID adalah beracun dan boleh
menyerap ke dalam kulit.
Vi) KLOROFOM adalah beracun dan boleh menyerap ke
dalam kulit.
Vii) HIDROGEN SULFID sama beracun seprti hidrogen
sainid, tetapi ia bukanlah racun yan menokok. Ia mesti
digunakan hanya dalam almari wasap sahaja.
Viii) RAKSA mesti dipanaskan hanya didalam almari
wasap tetapi lebih baik lagi jika tidal dipanaskan langsung.
Wapnya adalah sangat merbahaya.
ix) SULFIDA DIOKSODA adalah beracun.
Penyimpanan bahan kima hendaklah mengikut peraturan-peraturan
berikut:
i)
Semua botol bhan kimia mestilah dilabel dengan jelas dan label
itu hendaklah diperiksa dari semasa kesemasa.
ii)
Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan di dalam makmal tetapi
mestilah disimpan didalam stor bahan kimia yang udaranya bebas
bersilih ganti. Rak menyimpan bahan ini mestilah berbibir
untuk mencegah bahan kimia daripada menggelonsor jatuh.
iii)
Cecair meruap dan lain-lain cecair yang merbahaya hendaklah
di simpan dalam stor yang khas. Ia mestilah mempunyai sebuah
lubang untuk menempatkan mana-mana cecair yang tumpah di
dalam stor. Stor ini mestilah kalis api.
iv)
Racun mestilah di simpan dalam almari yang berkunci di dalam
stor. Penggunaan racun hendaklah direkodkan.
vii)
Di dalam makmal tidak sepatutnya disimpan cecair yang lebih
daripada 500 cm3. Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi
adalah merupakan sebagai sumber yang akan mendatangkan bahaya
(misalnya letupan). Ia mestilan dibuang mengikut cara yang
betul.
1.6. BAHAN RADIOAKTIF
a) Guru yang menggunakan sumber atau bahan
radioaktif di dalam makmal sains sekolah hendaklah merupakan
guru terlatih.
b) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif
Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif
mestilah mendapatkan kebenaran daripada Penolong Pengarah
Matematik/Sains Negeri terlebih dahulu.
Jubah makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan
percubaan yang nelibatkan bahan radioaktif . Kerja yang
menggunakan cecair hendaklah dijalankan di atas talam atau
dulang. Selepas menjalankan percubaan,tangan hendaklah dibasuh
dengan sabun hingga bersih sebelum meninggalkan makmal.
Sumber radioaktif sentiasa dikendalikan dengan
menggunakan pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan
tangan. Penggunaan sumber cecair atau sumber lebih aktif tidak
boleh dikendalikan dengan mulut (misalnya dalam penggunaan
salur pipet dan botol basuh) dan tidak boleh dijilat labelnya.
Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan
mata.
Bahan radioaktif mestilah diisi dalam bekas
plumbum. Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukan hanya
oleh orang-orang tertentu yang bertanggunjawab baginya sahaja.
Jika sumber tidak berskel di gunakan, maka sarung tanga getah
hendaklah digunakan.
Sisa-sia yang terdapat hendaklah dilupuskan mengikut peraturan
yang ditentukan baginya ( lihat pelupusan).
C)
Penyimpanan
Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie
sumber terbuka dalam mana-mana bahagianya dalam satu masa dan
lazimnya jumlah keaktifan sumber terbuka dan tertutup tidak
dibenarkan melebihi 4 millicurie. Sumber terbuka mestilah
TIDAK termasuk Strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti
Radium yang membebaskan zarah alfa.
Semua
bahan yang diluluskan penggunaanya hendaklah disimpan di dalam
stor atau alamari bertanda dan berkunci dan Jabatan Bomba
tempatan hendaklah diberitahu tentang adanya bahan-bahan
tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari
tersebut hendaklah terletak jauah daripada segala ruang yang
diduduki secara kekal dan dosi yang dikeluarkan dari dalamnya
hendaklah dikira atau disukat serta ditanda padanya.
Mana-mana dosi yang terdedah kepada tiap-tiap seorang itu
mestilah tidak lebih daripada yang dibenarkan yakni dosi
tahunannya tidak boleh lebih daripada 50 mr.
Jika
man-mana sumbernya hilang atau kecurian, maka pihak Polis
Jabatan kimia dan Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri
hendaklah diberitahu dengan serta merta.
Semua
sumber dan bekasnya hendaklah dilabelkan dengan terang dan
bila tidak digunakan hendaklah disimpan dalam stor yang sesuai
dan dikunci.
D) Kemalangan dalam Makmal
Bagi bahan lembab yang tumpah hendaklah digunakan
kertas penyerap untuk memedapnya hingga kering. Dulang atau
bekas mengisi bahan tumpah ini hendaklah dibasuh dengan sabun
atau bahan-bahan pembasuh.
Apa-apa pencemaran di lantai, bagku atau lain-lain
permukaan makmal hendaklah dibasuh dengan bersih dan diuji
sifat keradioaktifannya. Pakaian yang tercemar hendaklah sama
ada dihantar kepada orang yang layak dalam bidang tekniknya(
seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital) untuk
dibersihkan secara khas atau dirawat dan dijadikan sisa
pepejal.
E) Pelupusan
i) Sumber tertutup
Sumber yang tidak diperlukan hendaklah
dikembalikan kepada pembekal atau pembuatnya.Jika sumber
tertutup itu disyaki merbahaya atau bocor, pihak berkuasa
yang berkenaan hendaklah diberitahu dengan serta-merta.
ii) Sumber terbuka
Sisanya hendaklah dilupuskan secepat
yang mungkin melalui sink dan dicurahkan denga air yang
banyak atau dengan membuangkannya ke dalam tong sampah
seperti yang diperuntukkan. Pelupusab sisa pepejal mestilah
tidak lebih daripada 10 mikrocurie seminggu. Bagi menumpukan
perhatian tentang perlunya mengawal perlupusan sisa radioaktif
, maka beakas bagi mengisinya mestilah diuji supaya
pencemaran secara tidak sengaja tidak berlaku.
1.7
PELUPUSAN BAHAN SISA
a)
Gas
Gunakan almari wasap untuk membuangnya.
B)
Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang
banyak dan dituang ke dalam sink.
Cecair yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol
kosong dan dibakar di luar makmal. JANGAN SEKALI-KALI
dibuang ke dalam sink.
C)
Pepajel
Bagi
pepejal yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke
dalam kotak bekas sisa.
Natrium dan kalium hendaklah dimusnahkan dengan menukarnya
menjadi garam (misalnya dengan mencampurkannya perlahan-lahan
dengan spirit). AMARAN : Perlindung mata hendaklah digunakan.
Pepejal yang bertindakbalas dengan air, misalnya kalsium
karbid, hendaklah dimusnahkan di tempat lapang dengan menuang
air kepadanya secara sedikit demi sedikit.
D) Kaca
Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah
diadakan.
E) Haiwan yang dibelah
ia
hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk
mencegah lalat dan renga,
f) Semaian hidupan seni
semua
semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum membuangnya.
1.8 PAMERAN SAINS SEKOLAH
a. Percubaan mengenai roket tidak dibenarkan.
B. Setengah-setengah projek, misalnya pemancaran
gelombang radio, memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa.
Oleh sebab itu guru hendaklah meminta kelulusan daripada pihak
yang berkenaan terlebih dahulu.
C. Jika radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan
tinggi yang digunakan . Langkah keselamatana yang memuaskan
hendaklah diadakan bagi para peserta dan pelawat. Guru
penjaga mestilah mengawasi pameran ini setiap masa.
D. Projek yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak
boleh dijalankan.
E. Percubaan tidak boleh dibiarkan berjaalan
bersendirian di dalam makmal . mesti ada dua orang yang
mengawasi perjalanan percubaan.
F. Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang
menjaga pelajar -pelajar yang mengendalikan peojek bagi
memastikan bahawa mereka mematuhi segala langkah keselamatan
makmal.
G. Bahan pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul
dengan bekas yang bersih. Pencemaran dari kekotoran (misalnya
meja yang kotor) karbon dan surat khabar boleh mengakibatkan
letupan.
H. Jika masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu
projek itu, maka penolong pengarah matematik /sains negeri
hendaklah dihubungi.
I) Sekiranya sesebuah sekolah ingin menganjurkan
sesuatu pameran sains, pihak sekolah perlulah menghantarkan
senarai projek yang ingin dijalankan dalam pameran itu kepada
penolong pengarah matematik sains negeri terlebih awal,
Projek-projek yang yang melibatkan bahan kimia yang merbahaya
mestilah dijalankan dengan panduan dan arahan guru yang
bertugas
|