|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
![]() |
LETUPAN DI MAKMAL DAN EKSPERIMEN MERBAHAYA
1.4 LETUPAN
Letupan kadang kala berpunca daripada kebakaran.
Bahaya letupan yang biasa didapati di makmal disebabkan oleh:
i) Kebakaran gas
ii) Cecair dan pepejal
mudah terbakar
iii) Tindak balas
eksotermik
iv) Pemanasan
sebatian-sebatian peroksida dan perklorat
v) Bahan-bahan yang
biasanya tidak mudah terbakar tetapi jika dalam keadaan serbuk
halus boleh meletup (natrium,zink, aluminium).
1.5 EKSPERIMEN YANG BERBAHAYA
1.5.1 Penyalaan Hidrogen
Sentiasa uji gas yang mengalir
keluar itu sebelum menyalakannya. Ambil contohnya ke dalam
tabung uji dan nyalakannya di tempat yang jauh daripada radas.
Ujian ini mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api biru.
1.5.2 Campuran Yang
Mempunyai Klorat
Jangan panaskan klorat bersama-sama
dengan bahan yang mudah teroksida seperti fosforus atau
sulfur.
1.5.3 Pemanasan Ammonium
Nitrat
Sebahagian
kecil darpadanya mungkin meletup bila dipanaskan. Proses
Pemanasan hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya
terurai.
1.5.4 Natrium dan kalium
Gunakan sedikit bahan sahaja.
Kalium yang tersimpan lama boleh meletup walaupun segaja
langkah pengawasan baginya dijalankan.
Kalium yang tersimpan lama akan
bertukar menjadi kuning hendaklah dimusnahkan dengan cermat
dengan menukarnya menjadi garam.
1.5.5 Asid
i) Dilarang menuang air
ke dalam asid pekat
ii)
Bila hendak mencairkan asid pekat tuang asid
ke dalam air serta kacau larutan tersebut.
iii) Jangan sesekali
mencampurkan asid pekat dengan klorat.
1.5.6 Cecair Yang Mudah
Terbakar
Jangan sesekali meletakkan cecair
yang mudah terbakar di tengah panas atau berhampiran sebarang
sumber haba, kerana ia boleh menyebabkan berlakunya letupan.
1.5.7 Voltan tinggi
Pelajar-pelajar tidak digalak
menjalankan apa-apa amali yang melibatkan penggunaan alatan
bervoltan tinggi.
1.5.8 Barang-Barang Kaca
Bagi Kerja Tekanan Tinggi dan Rendah
Salur kaca, kelalang dan sebagainya
hendaklah mempunyai dinding yang tebal dan berada dalam
keadaan yang baik.
1.5.9. Demonstrasi
Dalam demonstrasi yang melibatkan penggunaan
radas bervoltan tinggi,tekanan tinggi, bahan radioaktif,
tindak balas cergas dan sebagainya,pastikan pelajar berada di
jarak yang selamat. Jika keadaan memerlukan supaya mereka
berada dekat, pengadang yang sesuai hendaklah digunakan.
Pelajar-pelajar hendaklah diberitahu tentang bahayanya.
|