|
Peraturan Am Makmal |
![]() |
PERATURAN
AM DALAM MAKMAL DAN BILIK PERSEDIAAN
A. Guru mestilah memberitahu secara
bertulis (dalam buku atau borang pesanan untuk kerja amali)
kepada kakitangan makmal keperluan peralatan sains. Bahan
kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2 hari sebelum
peralatan atau bahan ini diperlukan.
B. Tidak sesiapa pun boleh makan,
minum atau merokok dalam makmal atau bilik persediaan.
C. Tidak sesiapa pun dibenarkan
masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa urusan rasmi.
D. Semua peralatan sains, bahan
kimia dan bahan biologi hendaklah dikembalikan ke tempat
asalnya setelah digunakan.
E. Kelas amali yang masih berjalan
di makmal tidak boleh ditinggalkan sedemikian tanpa sebarang
pengawasan.
F) Makanan dan minuman adalah
dilarang simpan dalam peti sejuk di bilik persediaan untuk
kegunaan persendirian.
G) Kakitangan makmal haruslah
berpakaian sesuai dan kemas semasa dalam makmal dan bilik
persediaan.
H. Peralatan sains, bahan kimia
dan bahan biologi yang berada di dalam makmal dan bilik
persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran.
I) Langkah-langkah keselamatan makmal
mesti dipatuhi semasa berada dalam makmal atau bilik
persediaan.
J.
Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.
|