|
Peraturan Makmal Bagi Pelajar |
![]() |
Peraturan ini
hendaklah ditampal pada setiap makmal
PERATURAN MAKMAL BAGI
PELAJAR
A) Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan.
Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.
B. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi
dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
C. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi
hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru.
D. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan
biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat
asalnya.
E. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan
selepas digunakan.
F. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan
dan kebenaran guru.
G. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan
perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun
kakitangan makmal.
H. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan
kelengkapan di dalam makmal.
I. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang
dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru.
J. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas.
Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas
tiap-tiap waktu makmal.
K. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api
penunu bunsen.
L. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara
mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
M. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah
dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke
bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan.
N. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk
ke dalam bilik makmal.
O. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam
bilik makmal.
P. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.
Q. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas
tanpa pengetahuan guru.
R. Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap
masa.
PENGGUNAAN BAHAN KIMIA
A. Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk
mempastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu betul.
B. Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat
pemerhatian kerana sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat
pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi untuk
memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan bahan
kimia.
C. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal.
Jangan gunakan jari tangan.
D. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup
semula dengan segera setelah diambil bahannya.
E. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis.
Jangan cuba merasa sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam
larutan cair.
AMARAN
Pihak sekolah
tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak
diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi
peraturan-peraturan tersebut di atas.
|