|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
![]() |
PENYELENGGARAAN MIKROSKOP
Langkah-Langkah
Memelihara Mikroskop:
1. Untuk
tujuan pindah memindah, mikroskop haruslah diangkat atau
dibawa dengan memegang lengan mikroskop dengan satu tangan dan
meletakan satu tangan lagi di bawah mikroskop.
2. Hanya tisu
kanta sahaja digunakan bagi tujuan pembersihan kanta-kanta
mikroskop. Bahan-bahan lain seperti tisu ‘ Kleenex dan kain’,
jika digunakan mungkin akan mencalarkan kanta dan juga
meninggalkan serabut dan serbuk halus di atas kanta.
3. Tapak jari
dilarang digunakan untuk mengelap sebarang kekotorang atau
debu dari permukaan kanta. Perbuatan ini mungkin akan
menyebabkan minyak atau gris ( yang terdapat di atas jari kita
) melekat di atas permukaan kanta tersebut dan seterusnya dan
mengurangkan kualiti imej.
4. Setiap
kali mikroskop digunakan, fokuskan spesimen dengan kanta
objetif bermagnifikasi rendah ( 4x dan 10x ) dahulu sebelum
menggunakan kanta objetif bermagnifikasi tinggi ( 40x dan 100x
). Jika kanta objektif 40x dan 100x digunakan, jangan
menggunakan pemutar fokus kasar untuk tujuan pemfokusan.
Perbuatan ini mungkin dengan tidak sengaja mengakibatkan kanta
objektif ( 40x dan 100x ) menyentuk atau memecahkan sisip kaca
slid. Selain dari kerosakkan pada spesismen, kerosakkan pada
kanta objektif juga boleh berlaku.
5. Jangan
menggunakan sebarang mminyak rendaman terlekat pada permukaan
kanta objektif. Ini akan menhasilkan imej yang kabur. Jika
minyak itu menjadi kering di atas kanta objektif, ia sangat
susah untuk di hilangkan melaiankan dengan mengguanakan xylene.
6. Pastiakn
pentas mikroskop sentiasa dalam keadaan bersih. Jika terdapat
sebarang tumpahan di atas pentas,perlulah di bersihkan dengan
segera. Tumpahan-tumpahan seperti canada Balsam, dan menyak
rendaman perlulah dibersihkan dengan segera supaya tidak
menjadi kering di atsa pentas. Xyelene boleh digunakan untuk
tujuan pembersihan bahan- bahan ini.
7. Jangan
biarkan lubang kanta objektif atau tiub kanta mata dalam
keadaan trebuka. Langkah ini adalah untuk tujuan mengelakkan
dari debu dan lain-lain kekotoran masuk ke dalam mikroskop.
Jika keadan tertutup sentiasa di jaga, bahagian kanta di
sebelah dalam mikroskop tidak perlu pembersihan. Sekiranya
lubang pemasangan objektif itu lebih dari bilangan objektif
yang ada, lubang -2 yang terdedah itu perlu ditutup dengan
penutup plastik yang selalaunya dibekalkan bersama-sama dengan
mikroskop.
8. Selepas
digunakan mikroskop haruslah di simpan di dalam peti atau
almari yang di buat khas untuk mikroskop. Langkah ini ialah
untuk memastikan kanta-kanta dan cermin-cermin tidak di
selaputi debu dan kekotoran. Jika tidak ada tempat tertutup,
sekurang-kurangnya mikroskop itu ditutup dengan penutup
plastik dengan kemas.
Penbersihan Kanta-Kanta
Bahan yang di
perlukan:
a) Kertas
tisu kanta
b) Alat
peniup ( seperti yang digunakan untuk kamera )
c) Berus
lukisan yang lembut dan bersih.
d) Pelarut:
i)
Xylene
ii) 7:3 ( eter : alkohol ) atau
iii) 1-3% LOC dalam air/ ( dan diikuti dengan pembersihan
menggunakan alkohol muklat sebanyak 3 kali.
iv) Kayu nipis yang lembut ( berbentuk lidi ) ( sila lihat
gambarajah )
* Gunakan
berus lukisan dan alat peniup untuk menanggalkan debu pada
permukaan kanta .
* Sediakan
tisu kanta dengan membalutkan kertas tisu itu pada kayu nipis
yang lembut tadi.
* Bernafaslah
ke dalam kanta supaya terdapat wap air diatas permukaan kanta.
* Kemudian
lapkan kantan dengan tisu kanta yang disediakan tadi. Mulakan
gerakan mengelap dari pusat(tengah) kanta dan semakin
keluar(seperti bulatan yang semakin membesar)
* Tiupkan(
dengan alat peniup) ke atas permukaan kanta beberapa kali
untuk menanggalkan sebarang serabut tisu di aatas permukaan
kanta.
NOTA:
Dalam banyak
keadaan lengkah-langkah 1-5 adalah mengkucupi, tetapi
langkah-langkah 6-8 harus dilakukan jika pembersihan tambahan
diperlukan.
*
Sediakan satu lagi kertas tisu kanta(langkah 2) sentuh
hujungnya dengan sedikit perlarut(Xylene,eter/alkoh atau
LOC), kemudian lakukan pembersihan seperti yang diterangkan
untuk langkah
*
Gunakan tisu yang baru(atau bahagian tiu yang baru)setiap
kalai pengelapan dilakukan. Pelarut perlulah digunakan dengan
berhati-hati, semasa pengelapan dilakukan,
pastikan kayu tidak terlonjak keluar dari tisu dan menyentuh
kanta. Jika LOC digunakan untuk pembersihan, selepas itu perlu
dibilas dengan alkohol mutlak sebanyak 3 kali.
*
Tiupkan (dengan alat peniup) atas permukaan kanta beberapa
kali.
*
Kanta harus dipasang balaik dan diperiksa. Jika kekotoran
masih ada, lakukan pembersihan sekali lagi.
Peringatan:
1. Untuk
pembersihan biasa, gunakan hanya wap nafas, iaitu dengan
bernafas ke dalam kanta, diikuti dengan pengelapan tisu kanta.
Pelarut-pelarut hanya digunakan jikamkekotoran tidak dapat
ditanggalkan dengan cara wap nafas tadi.
2. Dalam
kebanyakan kanta objektif dan kantamata, kanta-kantanya
dipasang atau dilekatkan dangan sejenis simen dan balsam. Jadi
semasa pembersihan dengan pelarut-pelarut seperti alkohol.eter
dan xylene, ianya perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya
pelarut-pelarut ini tidak terkena simen atau balsam terlalu
lama dan melonggarkan kedudukan kanta-kanta.(satu kanta
objektif biasa jenis akromat mungkin mempunyai sehingga 15
kanta yang mana mempunyai kedudukan yang tertentu). Jika tisu
yang mengandungi pelarut terkena sempadam kanta(kawasan simen),
tisu itu munkin(atau bahagian tisu) tidak seharusnya digunakan
lagi. Satu amalan yang baik untuk mengelakkan pebggunaan tisu
lebih dari sekali.
3. Semasa
pembersihan kantamata(yang biasanya mengandungi 2 set kanta),
kanta-kanta mestilah dipastikan supaya tidak tersalah pasang.
Amalan yang baik ialah unutk mengeluarkan dan memasang balik
kanta-kanta itu satu demi satu.
Masalah-masalah yang munkin dihadapi di dalam penggunaan
Mikroskop:
Masalah
1: Pemutar fokus kasar: sangat ketat
Punca:
Makanisma gear pergerakan pentas dan sebahagiannya tidak
dipasang denga baik.
Penyelesaian
: a) Betulkan pemasangan. Dalam kebanyakkan
mikroskop ini dapat dibetul kandungan memutarkan kedua-dua
pemutar ke arah yang bertentangan.
b) Bersihkan gris yang
lama dan sapu gris yang baru.
Masalah
2: Pentas atau tiub menurun sendirir tanpa
disentuh (dan menyebabkan fokus spesimen berubah)
Punca
: a) Makanisma pemutar fokus atau pentas
tidak dipasang dengan
baik.
b) Pelinciran denga minyak
yang nipis.
Penyelesaian
: Seperti dalam masalah 1
Masalah 3
: Pemutar fokus halus ( pemutar fokus
mikrometer) tidak dapat diputarkan.
Punca
: Pemutar fokus halus telah sampai ke
pusingan akhirnya.
Penyelesaian
: a) membawa kantan objektif 10x ke medan cahaya
b) pusingkan pemutar fokus
halus supaya ia terletak di dalam pertengahan pusingan
sepenuhnya. Sebagai contoh jika jumlah pusingan yang boleh
dilakukan ialah 10 letakkannya pada pusingan yang kelima.
c) Mengfokuskan spesimen
dengan pemutar fokus kasar.
d) Akhir sekali dengan
membawa kanta objektif asalnya dan mengfokus dengan pemutar
fokus.
Masalah 4
: Fokus imej berubah terlalu lebih walaupun
pemutar fokus halus dipusinag sedikit sahaja. ( khususnya
penggunaan kanta objektif rendaman minyak)
Punca
: a) Objektif tidak diskru keatas
dengan sepenuhnya.
B) Sisip kaca telah
terlekat pada kanta objektif ( dengan selapisana minyak)
Penyelesaian
: a) Pastikan kanta objektif dipasang ( skru)
dengan cermat.
B) Pasangkan slid spesimen
keatas pentas dengan ketat.
C) Jangan menggunakan
minyak rendaman yang kental.
Masalah 5
: Terdapat imej berbintik atau berkabus
Punca
: a) Kekotoran atau gris di atas kanta
mata ( boleh dikesan jika bintik-bintik itu turun berpusing
sewaktu kanta mata dipusingkan.
B) Kekotoran atau gris di
atas kanta objektif
c) Pemcemaran keatas sisip
kaca ( bintik-bintik bergerak jika slid spesimen digerakkan)
d) Kekotoran diatas
iluminasi
Penyelesaian
: Bersihkan mana-mana yang perlu.
Masalah 6
: Bintik-bintik berada di dalam fokus yang
jelas. Ia berubah dan hilang jika kondenser di turunkan atau
di naikkan.
Punca
: a) Kekotoran di atas mentol atau
skrin luaran ( diffusing ) di hadapanya, jika illuminasi
kritik digunakan.
B) Kekotoran di atas kaca
penutup slid pada lampu siap terpasang, ataupun pada kertas
turas kaca di atasnya ( jika illuminasi kholer digunakan ).
Penyelesaian
: Bersihkan mana yang perlu. Jika kekotoran
tidak dapatdihapuskan dengan segera, ubah kondeser sedikit.
Masah 7
: Terdapat imej yang kabur dan tidak dapat
di fokuskan dengan jelas.
Punca
: a) Rendaman yang salah, iaitu udara
digunakan walaupun minyak harus dugunakan atau sebaliknya.
b) Buih dalam minyak
rendaman.
c ) Pencemaran lutsinar (
transperent ) di atas kanta objektif hadapan.
d) Sisip kaca terlalu
tebal
e) Lapisan media pelekat
yang terlalu tebal.
f ) Minyak rendaman yang
tertinggal di atas sisip kaca.
g) Slid spesimen terbalik
di atas pentas. Kesan-kesan lebih
ternyata bagiobjekti-objektik kuasa besar (40x
dan 100x )
Penyelesaian
: Untuk masalah 7(a) - 7(c) :
Gunakan rendaman yang
betul dan bersihkan kantaobjektif jika perlu.
Untuk masalah 7(d) - 7 (e)
Gunakan objektif dengan
‘collar’ pembetulan atau gunakanobjektrif rendaman yang lebih
sesuai .
Untuk masalah 7(g)
Balikkan slid dan pastikan
label dilekatkan semula di atas permukaan yang betul.
Masalah 8 :
Illuminasi terdapat hanya pada sebahagian imej sahaja.
Punca
: a) sebahagian daripada pemegang
turas kaca biru terdapat pada laluan cahaya.
b) Objektif tidak terletak
pada tempat yang betul.
c) Kundesor atua Kondesor
tambahan tidak terdapat pada paksi optik.
Penyelesaian
: Betulkan kedudukan yang perlu.
Masalah 9
: Illuminasi cahayanya tidak sekata di medan
objek ( suatu ) kawasan lebih terang dari kawasan yang lain.
Punca
: a) Kedudukan atau sudut (sendeng)
cermin tidak betul.
B) Kedudukan kondesor
tidak berada di tengah-tengah paksi oktik ( dengan illuminasi
genting ).
C) Punca kuasa illuminasi
(mentol dsb) tidak sama rata (dengan illuminasi genting).
Penyelesaian:
Untuk masalah 9(a) - 9 (b) :
Betulkan kedudukan bahagian yang
berkenaan. Untuk masalah 9 (c):
Naikkan atau turunkan sedikit konesor
. Kaca tarik naikkan atau turunkan sedikit kondeser. Kaca
tarik (kabus ) boleh digunakan di hadapan mentol.
Masalah 10
: Semasa penggunaan kanta objektif rendaman terdapat
pembentukan seperti awan menyeberangi medan dan seterusnya
spesimen kehilangan fokus.
Punca: a)
Buih dalam minyak rendaman.
B) Minyak sedang digunakan di antara spesimen dan kanta
objektif yang digunakan itu bukan objektif rendaman.
Penyelesaian:
Bersihkan minyak dari spesimen (slid) dan objektif. Sediakan
semula slid untuk dilihat di bawah mikroskop.
Masalah 11
: Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di atas
imej.
Punca: Kesan
daripada pembalikan-pembalikan cahaya (reflection) di
kedalaman mikroskop (biasanya berbentuk bulan sabit atau
bulatan).
Penyelesaian
: Cuba kantamata yang lain serta illuminasi kohier
Gunakan kanta yang bersalut dengan
anti-pembalikan cahaya (anti-reflection coating) atau ditukar
kanta
objektif-kantamata.
Masalah 12:
Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di
atas imej.
Punca: a)
Pencemaran di atas permukaan kanta,
b) Pencemaran di sebelah atas bawah slid,
c) Terdapat udara dalam minyak rendaman di atas
kondensor
Penyelesaian:
Jika kedudukan pencemaran tidak dapat dikesan,buka diafragma
apertur kondensor lebih lebar untuk men gurangkan kesan/pencemaran
tersebut.
|