|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
![]() |
TEKNIK PENGUKURAN
* Semua pengukuran dalam sains merupakan
ANGGARAN nilai yang sebenar.
* Proses pengukuran haruslah bermula
dengan membuat anggaran bagi saiz yang hendak diukur.
* Semua pengukuran yang diperolehi dengan
alat pengukuran merupakan nilai anggaran munasabah sahaja
kerana pengukuran 100% jitu masih belum boleh dicapai.
UNIT ASAS S.I DALAM PENGUKURAN
Kuantiti Unit SI
Simbol
Panjang
Meter m
Jisim
kilogram kg
Masa saat
s
Suhu
Kelvin K
Arus elektrik
ampere A
* Untuk mewakili nilai kuantiti yang
sangat besar atau kecil dalam unit S.I , IMBUHAN digunakan.
|
NAMA IMBUHAN
|
SIMBOL
|
FAKTOR PENDARAHAN/PEMBAHAGIAN
|
|
Mega
|
M
|
darab dengan 1,000,000 astau 106
|
|
Kilo
|
k
|
darab dengan 1,000 atau 103
|
|
Senti
|
c
|
bahagi dengan 100 atau X 10-2
|
|
Mili
|
m
|
bahagi dengan 1,000 atau X 10-3
|
|
Mikro
|
m
|
bahagi dengan 1,000,000 atau X 10-
6
|
PEMBARIS METER
* pembahagi skala terkecil ialah 0.1 cm
atau 1 mm.
* kejituan sehingga 1 mm atau 0.1 cm
----- bacaan pembaris serta nilai purata
haruslah direkodkan tepat kepada 1 1 t.p dalam unit cm dalam
unit mm tanpa titik perpuluhan.
Contoh:
lebar buku = 17.0 cm (/)
lebar buku = 170 mm (/)
lebar buku = 17 cm (X)
lebar buku = 17.00 cm (X)
* Semasa membaca bacaan pada
pembaris elakkan ralat paralaks ( ralat paralaks ialah ralat
yang didapati pada bacaan akibat kekudukan pemerhati yang
salah).
* Cara elak ralat paralaks
- letakkan pembaris pada bahagian
tepinya supaya skalanya berada tegak di atas objek yang
berukur.
* Semasa membuat ukuran selaraskan
hujung objek dengan sifar pembaris (tiada ralat sifar) atau
dari satu tanda yang sesuai misalnya tanda 1.0 cm..
Tolak Skru mikrometer
* Tolak skru meter biasanya
digunakan untuk mengukur jarak yang pendek seperti diameter
dawai, diameter bebola kecil, ketebalan kertas dan sebagainya.
* Tolak skru mikrometer mempunyai
dua skala, iaitu skala utama dan skala vernier.
* Setiap senggatan yang terkecil
pada skala utama bersamaan dengan 0.5mm yang mewakili satu
pusingan lengkap pada bahagian bidal.
* Pada skala vernier, satu lilitan
dibahagikan kepada 50 bahagian yang sama. Oleh kerana satu
pusingan lengkap bersamaan dengan jarak 0.5mm, maka setiap
senggatan pada skala vernier bersamaan dengan 0.5/50 mm iaitu
0.01 mm. Jadi pembahagian skala terkecil tolak skru ialah 0.01
mm.
KAEDAH MENGUKUR
i. Letak objek antara rahang.
Ii. Putar bidal sehingga rahang
hampir-hampir menyentuh objek.
Iii. Putarkan racet sehingga bunyi
‘tik’ pertama. Tujuan memutarkan skru racet dan memutarkan
bidal adalah untuk mengelakkan objek yang diukur disepit/ditekan
terlalu kuat.
iv. Ambil bacaan.
V. Ulang langkah 1 hingga 4 pada
bahagian-bahagian lain objek untuk mendapatkan dua bacaan lagi.
Seterusnya kira nilai purata bacaan.
TERMOMETER
* Pembahagian skala terkecil hendaklah
dikenalpasti.
* Pemilihan termometer berdasarkan
suhu maksimum yang hendak dicapai.
Contoh: Termometer julat - 10 c hingga
11) c sesuai untuk takat didih air (takat didih air 100 c)
untuk ukur suhu > 100 c tetapi < 300 c,
termometer dengan julat 0 c hingga 360 c sesuai digunakan.
KAEDAH GUNA TERMOMETER
i. Sebelum suhu cecair diukur,
cecair harus dikacau dengan rod pengacau supaya suhunya
menjadi seragam.
ii. Kemudian letakkan termometer
ke dalam cecair tersebut supaya seluruh bebuli termometer
berada di dalam cecair.
iii. Semasa suhu dibaca , mata
haruslah separas dengan meniskus cecair untuk elak ralat
paralaks.
iv. Kaedah membaca skala dalam
termometer ditunjukkan dalam rajah berikut.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
* jangan guna termometer sebagai pengacau
* jangan kacau terlalu kuat sehingga
tumpah.
* Pastikan termometer tidak sentuh dasar
bekas.
* jangan kacau terlalu lama sehingga suhu
diubah.
* jangan letakkan termometer dalam cecair
yang suhunya melebihi had atas termometer.
Contoh: Minyak mendidih > 110 c.
Termometer -10 c -- 110c tidak sesuai.
ALAT PENGUKUR ELEKTRIK
ammeter dan miliammeter
* Ammeter dan milimeter masing-masing
digunakan untuk mengukur arus elaktrik dalam unit ampere (A)
dan miliampere (mA) .
* Cara penggunaan:
i. Perhatikan kedudukan asal penunjuk
pada skala. Jika jarum penunjuk tidak berada pada sifar
kembali ke sifar , putarkan palaras sifar supaya penunjuk
kembali ke sifar.
ii. Jika pelarasan tidak dapat dilakukan,
rekodkan ralt sifar.
iii. Sambung secara selari.
iv. Terminal (+ve) alat sambung
ke terminal + ve litar dan sebaliknya.
V. Semasa bacaan diambil pastikan
mata berada betul-betul tegak, di atas penunjuk yang pegun.
Bagi alat yang mempunyai cermin paralaks, apabila mata berada
betul-betul di atas penunjuk , imej bagi penunjuk yang
dibentuk dalam cermin tidak dapat dilihat bagi penunjuk yang
dibentuk dalam cermin tidak dapat dilihat kerana imej itu
berada betul-betul di bawah penunjuk.
* langkah berjaga-jaga;
i. Jangan sambungkan ammeter atau
milimeter terus kepada bekalan elaktrik.
ii. Pastikan sambungan adalah
betul.
iii. Jangan guna alat untuk mengukur
nilai arus yang melebihi had ukurannya.
VOLTMETER DAN MILIVOLTMETER
* Voltmeter dan milivoltmeter
masing-masing digunakan untuk mengukur beza keupayaan dalam
unit volt (V) dan milivolt (mV).
* Kaedah penggunaan:
i. Perhatikan kedudukan asal pada
skala. Jika jarum penunjuk tidak berada pada tanda sifar,
puturkan pelaras sifar supaya penunjuk kembali ke sifar.
ii. Sambungan secara selari
iaitu terminal positif alat disambungkan ke terminal positif
bateri, begitu juga bagi sambungan nagatif.
iii. Semasa bacaan diambil, pastikan
mata anda berada betul-betul tegak di atas penunjuk yang pegun.
GALVANOMETER
1. Galvanometer digunakan untuk:
(a) menyukat arus yang terlalu kecil (dalam
tertib beberapa mikroampere)
(b) menunjukkan bahawa tiada arus yang
mengalir melalui satu bahagian tertentu dalaam litar (untuk
mendapatkan titik keseimbangan).
2. Sambungkan wayar dari litar
kepada terminal positif (=) dan negatif (-) pada galvanometer.
Pastikan sambungannya adalah betul.
3. Penunjuk galvanometer akan
terpesong apabila terdapat arus yang mengalir dalam litar.
Jika jarum berarah ke kanan --- menunjukkan
arus bergerak dari positif (+) ke negatif (-).
Jika jarum berarah ke kiri ------
menunjukkan arus bergerak dari negatif (-) ke positif (+).
4. Jika tiada arus yang mengalir
melalui satu bahagian tertentu dalam litar, penunjuk akan
tunjuk ke angka sifar, Titik keseimbangan dicapai.
5. Galvanometer mudah rosak. Oleh
itu galvanometer mesti dilindungi dengan susunan suis tekan
dari perintang kawalan.
PERINTANG
i) Fungsi - mengurangkan dan
menghadkan pengaliran arus dalam litar. Jika rintangan tinggi,
arus rendah dan sebaliknya.
ii) unit perintang - rintangan
disukat dalam unit ohm.
Imbuhan:
1000 ohm = 1 k ohm
100000 ohm = 10k ohm
1000000 ohm = 1M ohm
iii) jenis perintang:
a. Perintang tetap - Nilai
rintangannya tetap.
b. Perintang boleh laras - nilai
perintang berubah-ubah mengikut keperluan rintangan yang
diperlukan.
iv) Nilai rintangan perintang tetap
dapat ditetapkan dengan sistem kod warna . setiap warna
mewakili angka yang ditetapkan.
Nombor Warna
0 hitam
1 perang
2 kerah
3 oren (jingga)
4. Kuning
5. Hijau
6. Biru
7. Ungu
8. Kelabu
9. Putih
Cara membaca nilai rintangan
a. Kod warna dibaca dari kiri ke
kanan bahagian yang mempunyai tiga warna berdekatan/
b. Jalur pertama untuk angka (dijit)
pertama
jalur kedua untuk angka (dijit) kedua
jalur ketiga untuk pendarab atau uumlah
sifar seterusnya.
Jalur keempat untuk toleransi (had terima)
iaitu perbezaan lebih dan kurang antara rintangan sebenar
dengan rintangan yang dinyatakan.
Toleransi
20% - Tanpa warna
10% - perak
5% - Emas
2% - Merah
1% - Perang
|