|
|
Makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan |
PERTOLONGAN CEMAS DALAM MAKMAL SAINS
Peti pertolongan cemas
Peti pertolongan cemas yang lengkap hendaklah disediakan
SEKARANG juga tiap-tiap makmal dan bilik persediaan.
Saiz peti pertolongan cemas mesti sesuai untuk mememuatkan
semua kelengkapan yang disenaraikan dalam 2 di bawah.
Peti hendakalah dicatkan warna putih dan perkataan ‘ PETI
PERTOLONGAN CEMAS’ ditulis dengan cat merah dibahagian
hadapannya.
Jangan kuncikan peti ini pada bila-bila masa.
Peti ini hendaklah di letakkan di bahagian hadapan bilik
makmal dan di tempat yang sesuai di bilik makmal .
Senaskah buku panduan pertolongan cemas hendaklah di
masukkan dalam peti ini.
Kandungan peti pertolongan cemas
Tiap-tiap benda yang berada dalam peti pertolongan cemas
hendaklah dilebel dengan terang dan kegunaanya hendaklah
nayatakan dan pastikan bahawa benda-benda disimpan dalam
keadaan yang bersih.
Peti pertolongan cemas sekurang-kurangnya hendaklah
mengandungi benda-benda seperti berikut:
a) Antiseptic
i) Acraflavine yang di gunakan untuk luka baru
ii) Cetavlon (salvon) yang di gunakan sebagi pencuci luka
ii) Eusol yang di gunakan untuk luka lama
b) Cream
i) Burnol
ii) Paraffin Gauge
Kedua-dua untuk rawatan terbakar atau melepuh
c) Jenis balutan
i) Pembalut kain kasa 1 inci, 2 inci dan 3 inci lebar
masing-masing
ii) Kain kasa
iii) kapas
iv) Andoh tiga segi
d) Zinc Oxide Plaster
e) Penyepit dan gunting
Peti pertolongan cemas
a) Amaran
Jika sesorang yang ditimpa kemalangan itu disyaki patah
tulang atau cedera dalam badan, panggil ambulan atau
doktor dengan serta merta. JANGAN alihkan pesakit dari
tempatnya.segala kemalangan yang berlaku dalam makmal yang
disyaki serius hendaklah mendapat rawatan perubatan
daripada doktor.
b) Melepuh
i) Melepuh terkena asid atau alkali
Basuh secukupnya dengan air, misalnya dengan membasuh di
bawah air paip yang terbuka selama 10 minit.
Semasa merawat melepuh terkena asid atau alakali adalah
penting menggunakan air yang banyak bagi menbasuhnya dan
bahan penuetral tidak digunakan sehingga selepas bahagian
terjejas dibasuh dengan air. Jika pengawasan ini diabaikan,
haba dari larutan bahan penuetral mungkin akan merosakan
lagi bahan yang terjejas.
ii) Melepuh terkena bahan panas
Jika tidak teruk letakkan bahgian anggota yang terjejas
itu di bawah air yang mengalir selama beberapa minit,
kemudian biarkan terdedah kepada udara.
Jika teruk sebahagian besar anggota yang melepuh atau
kulit melupas lekatkan selurat badan yang terjejes itu
dengan pedap kain kasa yang kering dan bersih.Jangan sapu
apa-apa minyak, ubat serbuk. Balut disekeliling pedap ini
dengan kain pembalut dan tentukan bahawa pembalut tidak
terlalu ketat.
c) Kebakaran
i) Kebakaran bahan uji
Adalah mustahak untuk memadam api secepat yang mungkin
demi mencegah berlakunya kecederaan yang lebih teruk.
Tutup semua penunun gas, tutup litar elektik disekitardan
pindah atau keluarkan apa-apa benda yang boleh
terbakar.Kawalan api adalah bergantung kepada saiz dan
jenis kebakaran.
Kebakaran kecil (misalnya kebakaran alkohol dalam bikar)
biasanya boleh dipadam dengan menutupnya dengan kain
lembab yang bersih. Api akan padam apabila kekurangan
udara.
Api yang lebih besar biasanya boleh disimbah dengan pasir
kering . Pasir yang telah disimbahi hendaklah dibuang
kerana ia mungkin menggandungi bahan meruapyang mudah
terbakar.Selaian daripada itu api boleh dipadam dengan
menggunakan pemadam api karbon dioksida atau busa.
Ii) Kebakaran pakaian
Jangan biarkan sesorang yang pakaiannya terbakar berlari
dengan mengibas-ngibaskan api. Suruh ia merebahkan
badannya dan balut badannya sekejab-kejab dengan gebar
kalis api hingga padam.Rawat mana bahagian kulit yang
melepuh.
Iii) Kelas api dan alat pemadam api yang sesuai digunakan
adalah seperti di bawah:
KELAS API DAN JENIS PEMADAM API .
KELAS API
CONTOH
ALAT PEMADAM API YANG SESUAI
A Api pepejal
kayu, kertas, kain, getah dan lain-lain
Air, Air karbon dioksida, serbuk kering (dry powder)
B Api cecair - boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan:
i. Bercampur dengan air
ii. Tidak bercampur dengan air
- netil alkohol, etil alkohol, aseton , oceton, octana,
pentana - minyak, petrol
Semburan air Busa (foam)
Cecair bersejat seperti BCF
Gas karbon dioksida Serbuk kering (dry powder)
C
Api Gas atau Gas Cecair
- berupa pertumpah cecair, kebocoran gas atau cecair
Contoh: methane, propane, butane dan lain-lain
Busa (foam)
Serbuk kering (dry powder)
Air - berupa semburan untuk menyejukkan tangki.
D
Air Logam
- Kalium, natrium, kalsium, megnesium, Aluminium, zink dan
lain-lain
Dry Powder, pasir kering, simen kering, powder graphite,
powder talc, abu soda.
D). KECEDERAAN MATA
I) Benda pepejal dalam mata
jika benda itu tajam atau merupakan kaca. JANGAN cuba
mengeluarkannya. Minta pesakit supaya jangan mengosokkan
mata. Tutup mata itu dengan pedap kain kasa yang tebal dan
lembut. Bawa pesakit berjumpa doktor dengan serta-merta.
Ii) Kekotoran melekat di mata
Lentokkan kepala pesakit dan kemudian mengalirkan air ke
dalam mata dari botol basuh. Juga boleh meminta pesakit
buka dan tutup matanya berulangkali di dalam basin yang
mengandungi air yang bersih. Jika ini berjaya untuk
mengeluarkan kekotoran. Gunakan bucu saputangan yang
dibasahkan. Jika perlu kelopak mata bawah boleh ditarik ke
bawah dan kelopak mata atas diterbalikkan. Sekiranya masih
gagal, ikuti cara (i) di atas.
iii). Mata dimasuki asid atau alkali
Dengan serta-merta, basuh mata dengan air mengalir
secukupnya atau membuka dan menutup mata berulang-ulang
dalam basin yang mengandungi air bersih. Tutup mata dengan
pedap lembut dan bawa berjumpa doktor.
E). Renjatan Elaktrik
Matikan suis arus elektrik dengan serta-merta . jika ini
tidak boleh berlaku, jangan sekali-kali menyentuh badan
orang yang terenjat elektrik. Dengan berdiri di atas kayu
kering, getah atau kertas tebal atau apa-apa bahan bukan
pengalir, cuba pisahkannya daripada litar arus dengan
menggunakan sebatang kayu yang kering. Jika pernafasannya
terhenti, jalankan pernafasan luar biasa. Bawa pesakit
berjumpa doktor dengan serta- merta.
F. Tersedut Gas Beracun
Sesiapa yang tersedut gas beracun hendaklah dibawa keluar
dari makmal ke udara yang bersih. Jika tersedut gas bromin
atau klorin, ubat penghidu ammonia boleh digunakan. Jika
masih tidak pulih, hendaklah dibawa berjumpa doktor. |
| | |